Pada bulan lepas, Blizzard telah mengumumkan remaster untuk Diablo 2. Dinamakan sebagai Diablo 2: Resurrected, ia akan mengemaskan lagi visual permainan, menambahkan beberapa fungsi untuk modenkan menu utama dan fitur dalam talian, serta memberikan pengalaman Diablo 2 yang paling autentik untuk peminat.
Dalam sebuah temu ramah baru-baru ini, producer Diablo 2: Resurrected, Matthew Cederquist, mengesahkan bahawa game baru ini membolehkan pemain untuk import “save data” mereka dari permainan asli. Malangnya, ini tidak termasuk watak multiplayer yang disahkan secara dalam talian. Bagi mereka yang berharap dapat menggunakan data untuk watak single-player mereka di Diablo 2, kamu dapat menggunakannya di Diablo 2: Resurrected tanpa apa-apa masalah.
Mengapa Vicarious Visions memasukkan fitur ini? Cederquist menjelaskan bahawa ia berlaku dalam cara yang mudah tetapi tidak disangka. Pada masa itu, pasukan sedang berusaha membangunkan Diablo 2: Resurrected dan ingin melihat jika fitur tersebut dapat berfungsi. Mereka mencuba dan ternyata ia berjaya, lalu memilih untuk mengekalkan ciri ini.
Diablo 2 sudah berumur lebih dari 20 tahun dan keputusan untuk menyokong fitur ini menunjukkan betapa banyak Vicarious Visions menghargai peminat Diablo 2. Pada masa yang sama, Blizzard juga menunjukkan dedikasi yang hebat untuk semua game mereka pada masa lalu dan masa depan. Seperti pelancaran World of Warcraft klasik dan expansion-nya tidak lama lagi, perkembangan semasa untuk World of Warcraft: Shadowlands juga berjalan lancar.
Memandangkan Diablo 2: Resurrected kini dalam pembangunan untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One, dan Xbox Series X/S, saya berharap kita dapat lebih banyak maklumat lanjut dalam masa terdekat. Untuk segala liputan kami tentang Blizzard, sila tekan pautan ini.
Sumber – IGN Timur Tengah

@gamersantaimy
Discussion about this post