Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem sekuel Sonic the Hedgehog 2 diumumkan secara rasmi! Akan keluar tahun depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem sekuel Sonic the Hedgehog 2 diumumkan secara rasmi! Akan keluar tahun depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekuel untuk filem Sonic the Hedgehog akhirnya telah mendedahkan tajuk dan logo, dan secara rasmi ia diberi nama Sonic the Hedgehog 2. Sekuel ini sebenarnya sudah diumumkan pada bulan Mei tahun lalu, dan sepatutnya akan ditayangkan pada 8 April 2022. Tidak banyak yang didedahkan tetapi pelakon utama daripada filem pertama seperti Ben Schwartz (Sonic) dan Jim Carrey (Dr. Robotnik) akan kembali.

Seperti yang saya kata di atas, logo rasmi untuk filem sudah didedahkan yang termasuk ekor ikonik milik Tails, yang merupakan kawan baik Sonic. Ini pun tidak mengejutkan kerana pada adegan “post-credit” untuk filem pertama, Tails telah datang dari dunia lain untuk mencari Sonic. Anda boleh melihat tajuk dan logo pada video di atas.

Watch the biggest family movie of the year on Digital today! https://t.co/hifD4uRnUT pic.twitter.com/hH2U25MOjZ

— Sonic the Hedgehog (@SonicMovie) May 16, 2020

Berikut pula adalah rumusan rasmi tentang filem pertama dari Paramount Pictures, sebagai rujukan kepada anda yang masih belum menonton filem ini:

“Berdasarkan francais permainan video blockbuster dari Sega, SONIC THE HEDGEHOG menceritakan kisah landak paling cepat di dunia ketika dia membiasakan diri di Bumi.

Dalam komedi aksi langsung ini, Sonic dan sahabat barunya Tom (James Marsden) bekerjasama untuk mempertahankan planet ini dari si genius jahat Dr. Robotnik (Jim Carrey) dan rancangannya untuk menguasai dunia.

Filem mesra keluarga ini juga dibintangi oleh Tika Sumpter dan Ben Schwartz sebagai suara Sonic.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemmoviesekuelsonic the hedgehogSonic the Hedgehog 2
Previous Post

Epic menghasilkan sebuah alat bernama “MetaHuman” yang menampilkan rupa realistik!

Next Post

Tarikh pelepasan Borderlands 3 Director’s Cut dan kandungan baru didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tarikh pelepasan Borderlands 3 Director’s Cut dan kandungan baru didedahkan!

Tarikh pelepasan Borderlands 3 Director's Cut dan kandungan baru didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd