Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

China kini mempunyai platform Steam sendiri tetapi hanya ada 53 game sahaja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2021
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
China kini mempunyai platform Steam sendiri tetapi hanya ada 53 game sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan hari ini secara beta terbuka, akhirnya Steam berjaya memasuki pasaran China buat pertama kali dengan pasaran baru yang mematuhi undang-undang penapisan kerajaan. Seperti yang anda semua tahu, China adalah antara “market” yang paling sukar dari aspek gaming, kerana setiap game harus menjalani pemeriksaan ketat sebelum dilancarkan secara rasmi dalam negara.

Malangnya, Steam China tidak banyak senarai game yang banyak, di mana hanya ada 53 game sahaja yang boleh dicuba oleh pengguna. Senarai pun tidak lah gempak sangat. Yang saya rasa betul-betul menarik hanya Dota 2 dan Counter-Strike: Global Offensive. Selain itu, senarai juga termasuk Human Fall Flat, RPG Maker, Candle-Man: Full Version, Undying, Fast-Paced, dan Run Meow.

Menurut PC Gamer, masalah ini disebabkan oleh kelulusan yang harus didapatkan untuk melepaskan game di China. Ramai pemaju mengaku mereka menghadapi masalah yang besar kerana perlu memenuhi senarai peraturan yang sangat ketat. Disebabkan itu, ramai pengguna China terpaksa menggunakan Steam versi antarabangsa atau mengimport permainan dari luar negara.

Buat masa ini, Steam China tidak mempunyai apa-apa fitur menarik. Itu bermaksud tidak ada panduan, tidak ada Steam Workshop, dan tidak ada halaman komuniti. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh meninggalkan ulasan untuk game yang mereka bermain baru-baru ini. Ini jauh berbeza dengan Steam versi antarabangsa yang mempunyai beribu-ribu game dari pelbagai genre dan komuniti pun boleh berkomunikasi melalui forum laman web.

Dari apa yang saya lihat, tiada apa yang betul-betul “WOW” tetapi mungkin selepas membuat beberapa perubahan dan menambah banyak lagi game popular, saya yakin ramai pengguna akan tertarik pada Steam China. Tetapi, adakah pelaksanaan Steam China bakal membuatkan Steam versi antarabangsa diharamkan di negara mereka? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen!

Sumber – PC Gamer, Steam China

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinasteamSteam China
Previous Post

[Review] Buat Chaos di Arena, saksikan kenderaan di sana sini dengan Destruction AllStars!

Next Post

Raikan Tahun Baru Cina dengan PES! Kempen Lunar New Year berjalan !!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Raikan Tahun Baru Cina dengan PES! Kempen Lunar New Year berjalan !!

Raikan Tahun Baru Cina dengan PES! Kempen Lunar New Year berjalan !!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd