Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Omputih cuba belajar bahasa Jepun dengan menonton anime Naruto selama sehari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Omputih cuba belajar bahasa Jepun dengan menonton anime Naruto selama sehari!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kamu adalah seorang penggemar anime, saya yakin anda tahu tentang Naruto; memandangkan francais ini dikenali oleh satu dunia tidak kira kanak-kanak atau orang tua. Walaupun Naruto diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa, bahasa aslinya adalah Jepun dan itu yang membuatkan ramai peminat ingin mempelajari bahasa Jepun demi memahami anime dengan lebih jelas. Baru sahaja viral, sebuah video di Youtube mengisahkan perjalanan seorang individu untuk menguasai bahasa Jepun.

Video yang dimaksudkan adalah dari Xiaomanyc, yang terkenal kerana pandai bercakap dalam pelbagai bahasa asing. Dalam video ini, Xiaomanyc mencabar dirinya untuk membuat siaran langsung di mana dia menonton anime Naruto selama 10 jam untuk melihat betapa bagusnya dia memahami bahasa Jepun.

“Hari ini saya memutuskan untuk cuba belajar bertutur dalam bahasa Jepun dengan menonton seluruh musim pertama Naruto dalam masa satu hari, selama 10 jam berterusan, tanpa sari kata bahasa Inggeris. Ideanya ialah; berapa banyak bahasa Jepun yang boleh saya belajar dengan mendalamkan diri sepenuhnya dalam bahasa Jepun tanpa ada bahasa Inggeris sama sekali?

“Saya tahu ada banyak perdebatan tentang; adakah kita boleh belajar bahasa Jepun dengan menonton anime, dan dalam video ini kita akan tahu jawapannya. Ini adalah eksperimen gila yang saya tidak begitu mengharapkan untuk berjaya tetapi rasa hasil keputusannya pasti menarik.” -kata Xiaomanyc kepada peminat.

Pada penghujung video, Xiaomanyc memberitahu bahawa dia tidak mengesyorkan kaedah ini kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bahasa Jepun. Walaupun tonton tanpa henti selama 10 jam, ia masih tidak cukup kerana bahasa itu terlalu rumit untuk penonton faham.

Walaupun begitu, Xiaomanyc mengaku bahawa dia belajar banyak kosa kata dan tabiat mendengar yang bagus dari eksperimen ini dan hanya mengesyorkan kaedah ini kepada orang yang memahami asas-asas bahasa Jepun. Jika anda berharap dapat bertutur dalam bahasa Jepun dengan hanya menonton anime, nampaknya kita perlu berusaha lebih lagi.

Apakah pendapat anda tentang eksperimen ini? Adakah anda belajar sedikit bahasa Jepun selepas menonton anime? Kongsi pendapat di ruang komen sekarang!

Tags: animebahasa JepunnarutoXiaomanyc
Previous Post

Antologi Manga baru Death Note berkongsi paparan pertama

Next Post

“MLB The Show 21” Blu-ray Disc & Digital Version akan tersedia pada 20 April 2021 ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“MLB The Show 21” Blu-ray Disc & Digital Version akan tersedia pada 20 April 2021 ini!

“MLB The Show 21” Blu-ray Disc & Digital Version akan tersedia pada 20 April 2021 ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd