Permainan PUBG Mobile sememangnya sebuah permainan yang sangat popular untuk rakyat Malaysia, jadi memang tidak dapat menolak bahawa pemain esports dan streamer gaming juga banyak yang memfokuskan diri pada permainan dari Tencent ini. Jadi kali ini kami tidak ingin melepaskan peluang terutama pada streamer yang memfokuskan permainan ini dan baru-baru ini kami telah berkesempatan menemu ramah seorang streamer dan juga pemain esports yang ramai netizen Malaysia dah kenal iaitu Muhammad Afiq Bin Abdul Aziz ataupun “IGL” In Game Leader pada pasukan EVOS VIP – Yakuza XGaming (Kuza)!
Berasal dari Johor Bharu dan kini menetap di Kuala Lumpur, Kuza berkongsi bahawa dia terlibat dalam dunia gaming ketika zaman bekerja sebagai sekuriti. Dari situ ramai rakannya yang mengajak dia bermain game sehingga terjebak.
Walaupun PUBG Mobile adalah permainan utama Kuza buat masa ini terutama beliau juga merupakan IGL pada pasukannya EVOS VIP, Kuza turut menyatakan itu bukanlah satu-satu permainan yang dia bermain. Jika ada masa terluang dia turut bermain Call of Duty: Warzone.
“Selain PUBG, Kuza main game battle royale juga, cuma yang ini lebih realistik iaitu Call of Duty: Warzone. Kuza tahu kalau kuza stream game tu mungkin ramai yang tak berapa minat sebab game pc ni kurang komuniti dia. Bukan kuza nak cakap tak ramai, memang ramai, tapi mostly yang suka tengok livestream sekarang memang game dari phone. So, kalau kuza tak buat live memang kuza main COD la. Itu masa free orang cakap.”
Sebab jika mengikuti generasi terkini, permainan PC ini memang naik untuk International, jika di Malaysia ini menurut Kuza, kalau streamer itu sememangnya dah terkenal, itu mungkin tidak menjadi sebarang masalah untuk stream game PC, senang untuk mendapat penonton.
Bagi Kuza untuk memotivasi diri sendiri agar tidak pernah rasa bosan dalam stream dan bergaming kerana menganggap ianya seperti kerja, tetap berfikiran kandungan apa yang perlu dibuat, semuanya untuk menghiburkan hati penonton –“Kuza maintain rasa happy go lucky , rasa happy main game, itu lah Kuza”.
Jadual seharian Kuza dari 2 hingga 6 petang Kuza akan steaming di Facebook dan malam pula untuk latihan bersama pasukannya yang selalu bermula jam 8 hingga 12 malam. Menurutnya juga, selalu Kuza akan bercuti pada Sabtu dan Ahad tetapi jika ada training dengan EVOS atau kerja luar, maka terpaksalah kerja.
“Bukan senang eh nak jadi seorang streamer dan juga seorang kompetitif player, maksudnya esports sebab masa awak akan lebih berkurang. Masa akan lebih kurang dengan kawan-kawan, dengan family sebab awak ada dua benda yang awak perlu buat.
Satu streaming, satu lagi sebagai kompetitif player. Bila awak dah dibayar untuk kompetitif, awak kena ikut apa yang dia kata. Maksudnya kalau ‘training pukul 2 sampai pukul 8 malam, awak kena ikut juga’. Sebab awak dah dibayarkan. So benda tuh bukan macam orang cakap ‘ala mudah je’, tapi bila kita nampak macam seronok dan senang tapi kita tidak tahu apa KPI nya. Tapi kalau kerja keras, pasti berjaya.”
“Before live selalu kuza akan live sebelum pukul 2. 2-6 macam tu. Bangun pagi, makan, mandi, kalau ada kerja sebelum pukul 2, kuza akan buat lah dulu contoh macam edit video ke. Kalau tak ada, kuza akan santai tengok tv macam tu. Lepas tu baru kuza kemaskan diri sebelum stream. Kemas dulu agar tidak serabai sebelum stream.”
Aapbila disoal tentang jumlah streamer/gamer wanita yang semakin meningkat, Kuza membalas bahawa penerimaan komuniti amat bagus dan kalau boleh, terus meningkat lagi. Bukan senang untuk melihat streamer wanita di Malaysia berbanding di luar negara. Ini kerana pendedahan masyarakat kepada dunia gaming sangat luas sehingga diorang boleh dapat sokongan yang diperlukan manakala kebanyakan streamer Malaysia harus bermula dari bawah. Ia adalah perkara yang bagus untuk melihat jumlah streamer wanita di Malaysia semakin bertambah, dan para lelaki pun ada saingan sihat.
Majoriti faham bahawa wanita mempunyai perwatakan yang lemah lembut, jadi kalau nak ceburi bidang ini, pasti diri itu kental dan mental kuat. Dalam bidang penstriman, toxic memang tidak akan lari tetapi toxic itu yang akan membuatkan kita lagi bersemangat untuk berjaya.
Kalau orang tu toxic awak, jangan risau, itu adalah normal. Semua tempat yang awak pergi mesti ada toxic. Walaupun awak kerja sapu sampah ke, petronas ke, sekuriti ke, semua ada toxic. So kita hidup ini kena kuatkan hati. Biasalah, orang kata nak berjaya kenalah kerja keras.
Seperti yang awak semua tahu, Kuza adalah tokoh yang berjaya di dunia Esports Malaysia. Dia bermula menceburi bidang ini pada tahun 2017 dengan Rules of Survival (ROS), sebuah game battle royale ala-ala Pubg Mobile. Beliau bermain ROS selama dua tahun dan kemudian berpindah ke PUBG Mobile sehingga sekarang.
Mengapa Kuza kekal di PUBG Mobile? Salah satu adalah kerana game itu sangat relevan. Game ini komuniti yang banyak di Malaysia, dan beliau percaya bahawa PUBG akan kekal trending sampai bila-bila. Sekuriti di PUBG Mobile pun semakin ketat selepas kemas kini baru di mana Tencent mulakan “ban” besar-besaran. Untuk ROS, sekuriti mereka lebih lemah lantas menyebabkan lebih ramai hacker. Bila ramai berhenti bermain ROS, mereka akan berpindah ke PUBG Mobile. Selepas membiasakan diri dengan permainan, Kuza mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan kompetitif di dalam dan di luar Malaysia, sambil menjadi streamer sambilan.
Antara pengalaman manisnya semasa dalam bidang esports adalah bila bertanding dalam liga SEA di Shanghai. Walaupun pernah pergi sebanyak dua kali, beliau paling tidak boleh lupa semasa Season 1 kerana ia berlangsung semasa bulan ramadhan sehingga hari raya aidilfitri selama 2 bulan.
Sebagai salah satu pemain EVOS VIP divisi PUBG Mobile, matlamat Kuza sudah tentu adalah untuk menjadi juara di SEA Final dan juga Grand Final. Kalau misi ini dapat dicapai, ketika itulah beliau melihat kalau dirinya masih relevan kepada pemain. Jika masih boleh bermain, beliau akan terus menjadi wakil, tapi kalau beliau ingin fokus kepada bidang lain yang bukan esports, itu pun dia terima dengan rela hati. Kuza ingin membuka perniagaan sendiri pada masa depan, dan berhajat untuk kekal dalam dunia penstriman dan bermain PUBG Mobile.
Selain itu, Kuza berpendapat bahawa esports di Malaysia juga semakin bagus. Kalau dahulu, kita ada pasukan-pasukan “belacan” sahaja, tapi macam yang kita sekarang boleh lihat, banyak syarikat esports kini menaja pasukan-pasukan Malaysia dan memberi keperluan dan fasiliti yang penting untuk pemain. Jika membandingkan esports malaysia pada dua hingga tiga tahun lepas, memang berbeza. Esports Malaysia kini boleh bersaing secara antarabangsa kerana semuanya lengkap.
Kita sebagai pemain just follow je apa yang dia nak. Macam training kita training. Dia nak kita tido, kita tido. Esports Malaysia ni dah macam pemain bola lah senang cerita. Ada masa training, ada masa cuti. Malah, mereka bagi kita pendapatan; maksudnya bergaji. So itu kita dah nampak dah sama level dengan sukan-sukan yang diluar sana.
Kuza berharap agar esports Malaysia akan terus maju dan kekal relevan supaya orang luar negara pun lihat kemajuan pasukan-pasukan Malaysia.
“Harap agar yang di Malaysia teruskan capai apa yang korang nak, seperti champion; jangan pernah mengalah dan majulah esports untuk Malaysia.”
Nak menjadi seorang streamer bagi anda yang baru berpijak ke dunia ini tidaklah semestinya perlukan perkakasan yang terlalu mahal untuk streaming. Dengan kemudahan Omlet Arcade atau Facebook gaming, anda pun boleh terus stream dari telefon pintar anda tanpa pc. Sama juga bagi Kuza, dia menyatakan pada awalnya dengan seseorang yang low bajet, barang pc pun tidak semestinya mencecah 5-6 ribu ringgit. Seperti telefon yang Kuza gunakan masih lagi iPhone 8+ kerana baginya iPhone tersebut masih lagi relevan dari siri-siri yang baru.
“Tak mahal sangat kan? Korang tak perlu pon spend sampai over 5 thousand 6 thousand ke. Sebenarnya pc ni, dia menyenangkan kita stream sebab ada webcam, kita boleh download Streamlab OBS untuk aplikasi streaming. Buat masa sekarang, itu sahaja yang Kuza gunakan. Modal keseluruhan termasuk telefon mungkin dalam 5 ribu lah.”
Kuza juga membandingkan perbezaan antara streamer tempatan dan streamer antarabangsa. Kalau kita sebagai penonton melihat siaran langsung streamer antarbangsa, kebanyakan akan fokus pada gameplay dan content yang mereka sedang buat. Di Malaysia, perkara ini susah untuk streamer kita lakukan.
Penonton bagi dalam 20 star, dan hai Kuza. Kita pula terlepas dia punya komen atau star. Bukan kita tak hargai apa yang dia beri, tapi penonton pon nak tonton kita punya gameplay; cara permainan kita semua.
Menurut Kuza, 80% orang akan melihat stream, manalaka lagi 20% hanya ingin menulis dan membaca komen. Bila streamer itu tidak baca dia punya komen, maka mulalah mereka “toxic” dan kata streamer itu sombong. Bila penonton yang jenis “pembaris” pula membaca, mereka akan turut percaya yang streamer itu sombong.
Pendapat Kuza tentang streamer antarabangsa pula;
“Kalau awak bagi star, mata dia akan toleh kejap sahaja dan kekadang dia pon tak baca. Kadang-kadang dia nampak orang donate 5 ribu USD, ‘Oh, someone gave me 5 thousand dollar. Thank you’. Pastuh mata terus tengok game.
Kalaulah dekat malaysia ada benda cmtuh, benda tuh dah viral. Esok pagi Motif Viral dah call ‘Eh awak malam ni free tak?.’ Benda itu boleh jadi isu, di mana nanti keluarlah title ‘seorang streamer tak menghargai pemberian’.”
Ini hanya pendapat Kuza sahaja menurut pemerhatian beliau. Ada penonton yang lebih suka membaca komen daripada melihat content, tapi ada sesetengah stremar yang hanya fokus pada permainan sahaja dan tidak fokus pada komen. Itulah perbezaan antara streamer tempatan dan streamer antarabangsa yang dilihat oleh Kuza.
Tidak terlupa, Kuza turut memberti sedikit nasihat pada anda yang ingin ceburi dunia streaming dan esports ini. Paling penting baginya adalah matlamat, dan tujuan kenalah betul. Kebanyakan streamer di Malaysia bermula dari bawah, jadi janganlah mengalah biarpun dari pengikut tu kosong.
“Sebab ramai kawan kawan kuza cuba dalam bidang streaming ni, bila diorang rasa macam satu bulan dua bulan diorang tak boleh go, diorang rasa nak terus give up. Diorang terasa macam ‘hah tak boleh lah nak buat benda ni, diorang boleh lah diorang dah famous.’ Kita sebenarnya tak boleh nak cakap camtuh. Orang-orang yang mungkin ada nama dan terkenal sebenarnya hidup diorang pon start daripada bawah juga. Satu lagi yang kuza nak cakap, kalau nak berjaya, kita memang kena bekerja keras.”
Untuk bidang esports, esports ni lain. Esports dengan streaming ni memang lain. Esports ni memang lebih kepada kompetitif player menurut Kuza. “Dia tak streaming dan dia sebenarnya akan training untuk bagi team dia kuat.” Untuk siapa yang dalam bidang esports, Kuza menasihatkan anda agar mencari cari team yang betul-betul nak berjaya. Cari team yang betul-betul nak kemenangan. Kalau usaha tidak ada, maka janganlah teruskan dan carilah orang lain.
“Dalam bidang esports ni sebenarnya memang kena kerja keras juga sebab benda ni main mental. Bila main mental, awak pon kena kuatkan mental dan kerja keras untuk latihan untuk team tuh lagi nampak power.”
Maka sebelum tamat sesi temuramah bersama Yakuza XGaming ini, Kuza mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada Ibu Bapanya yang mendorong dan memberi semangat kepada Kuza. “Thank you so much ibu ayah sebab tak pernah putus berdoakan Apik. Dan thank you kepada akak, abang, dan adik. Diorang pon support juga sebenarnya. Diorang walaupun kerja pon, diorang tengok juga apa yang Kuza buat. Thank you so much for your support guys”.
Juga kepada peminat Kuza, dia turut berterima kasih atas semua sokongan anda selama ini dari dahulu sehinggalah sekarang tanpa henti. “Kuza doakan korang semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. Thank you so much for your support, keep on support okay. Kalau rasa diri Kuza tuh dah berubah, tolonglah tegur Kuza. Biasalah, manusia ni kekadang ada yang buat salah. Kita takut diri lupa diri.”
Jadi pada anda yang baru nak kenali Kuza, atau ingin mengikuti Kuza, jangan lupa mengikuti Yakuza XGaming di Facebook, Instagram dan juga YouTube! Teruskan bersama kami untuk lebih lagi perkongsian gaming, esports, dan streamer tempatan! Hingga kita berjumpa lagi, terima kasih dari pihak kami Gamer Santai kepada Yakuza yang meluangkan masa ketika PKP ini dan jaga kesihatan anda ok!
Interview penuh

@gamersantaimy
Discussion about this post