Untuk meraikan pelancaran akan datang permainan, Nintendo telah mendedahkan Nintendo Switch eksklusif bertemakan Monster Hunter Rise. Keseluruhan pakej ini dilengkapi dengan rekaan Magnamalo di konsol, di bahagian depan dock, dan Joy-Con. Pada masa yang sama, Nintendo juga mengumumkan edisi Monster Hunter Rise untuk controller Switch Pro. Buat masa ini, produk tersebut hanya akan dijual di Jepun pada harga 38,400 yen (anggaran RM1,496.98), dan akan dilancarkan pada 26 Mac 2021.
Sebagai daripada konsol Nintendo Switch istimewa ini, pakej juga mengandungi kod muat turun untuk DLC Monster Hunter Rise Deluxe Kit di mana permainan utama sudah dimuat turun terlebih dahulu pada konsol. Bagi yang tidak tahu, DLC untuk Deluxe Kit dilengkapi dengan peralatan khas untuk pemain, Palico, dan Palamute, bersama dengan emote, gaya rambut tambahan, dan “facepaint“.
Berikut adalah senarai lengkap bundle ini:
- Sistem Nintendo Switch (reka bentuk Monster Hunter Rise)
- Dock Nintendo Switch (reka bentuk Monster Hunter Rise)
- Joy-Con kiri dan kanan (reka bentuk Monster Hunter Rise)
- Tali Joy-Con
- Joy-Con grip
- Nintendo Switch AC adapter
- Kabel HDMI berkelajuan tinggi
- Panduan keselamatan
- Permainan utama Monster Hunter Rise (sudah ada dalam konsol)
- Kod DLC
Seperti yang saya sebutkan di atas, Nintendo juga akan menjual controller Switch Pro dengan reka bentuk Magnamalo yang serupa. Controller Switch Pro ini akan mula dijual pada hari yang sama dengan permainan dan konsol pada harga 7,480 yen (anggaran RM291.65) tidak termasuk cukai.
Peminat boleh membuat pra-pesanan untuk Nintendo Switch dan controller Switch Pro bertemakan Monster Hunter Rise di mana-mana pengedar yang sah Jepun bermula 27 Februari 2021. Nintendo tidak memberitahu jika edisi khas ini akan dijual di pasaran global, tetapi memandangkan francais Monster Hunter sangat popular, mungkin ia akan datang dalam masa terdekat.
Monster Hunter Rise akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021 untuk Nintendo Switch. Jika ingin membaca segala liputan lama kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post