Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Doraemon trending di Malaysia sempena perkahwinan Nobita & Shizuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Doraemon trending di Malaysia sempena perkahwinan Nobita & Shizuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Doraemon adalah salah satu francais paling terkenal dalam sejarah animasi, dan berjaya kekal populariti ini sejak membuat debut pada tahun 1970. Sejak itu, Doraemon menjadi ikon antarabangsa untuk penggemar anime dan animasi dan kini trending di Malaysia kerana satu perkahwinan besar.

Perkara ini menjadi tumpuan besar berikutan pendedahan poster baru. Stand by Me Doraemon 2 akan dikeluarkan untuk negara-negara tertentu, jadi poster telah dihasilkan untuk meraikan filem ini. Selepas beberapa peminat menyaksikan poster tersebut buat pertama kali, mereka baru sedar bahawa akhirnya, Nobita dan Shizuka akan berkahwin!

Seperti yang anda boleh lihat di bawah, memang ramai peminat Malaysia yang gembira dengar berita ini. Peminat Jepun sudah menonton peristiwa besar ini pada bulan November 2020, tetapi seluruh dunia masih belum menyaksikan perkahwinan Nobita dan Shizuka. Bagi yang nak tonton, jangan risau kerana Odex akan menayangkan filem ini untuk peminat-peminat Malaysia. Berikut adalah teaser rasmi daripada mereka:

Komik Doraemon terjemahan Bahasa Malaysia rasmi diterbitkan oleh syarikat Tora Aman tetapi terpaksa berhenti operasi pada akhir April 2017. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang.

Di Malaysia, siri Doraemon mula-mula disiarkan menerusi di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 7:00 malam setiap hari Ahad dan menghentikan siaran Doraemon pada 29 Disember 2002. Ia berpindah ke NTV7 pada 5 Januari 2003 (hari Sabtu jam 7:30 malam). Siri anime telah lama disiarkan di Malaysia di rangkaian RTM sejak tahun 1988.

Berikut adalah beberapa reaksi daripada peminat Malaysia termasuk Neelofa:

Happy for u Nobita! Like finally! https://t.co/JiYPlDTC7z

— Neelofa (@Neelofa) January 19, 2021

Burung jelatik burung jeladan,
Terbang bercinta hingga Fukuoka,
Samalah cantik samalah padan,
Bagai Nobita dengan Shizuka pic.twitter.com/ptTCWoGBp6

— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) January 19, 2021

https://twitter.com/IBCIG/status/1351481093082386434

https://twitter.com/FarahHaniHusna1/status/1351523356135198721

Tak sangka dah jauh kan francais Doraemon. Kongsi pendapat anda di ruang komen sekarang. Untuk segala liputan kami tentang Doraemon, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDoraemonkahwinMalaysiaNobitaShizuka
Previous Post

Diskaun padu bawah RM80 di PlayStation Store Asia! Jangan terlepas!

Next Post

Apex Legends Season 8 – Mayhem Terungkap! Akan tiba 2 Februari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Apex Legends Season 8 – Mayhem Terungkap! Akan tiba 2 Februari ini!

Apex Legends Season 8 - Mayhem Terungkap! Akan tiba 2 Februari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd