Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime High-Rise Invasion sah akan keluar di Netflix pada Februari 2021, bersertakan trailer baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime High-Rise Invasion sah akan keluar di Netflix pada Februari 2021, bersertakan trailer baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix mengumumkan pada akhir tahun lepas bahawa mereka akan mengembangkan lagi senarai anime mereka pada tahun 2021, dan nampaknya kita boleh menonton salah satu anime ini dalam masa terdekat. Anime High-Rise Invasion adalah adaptasi dari manga “survival horror” dengan nama yang sama oleh Tsuina Miura dan Takahiro Oba. Peminat yang tidak sabar kini tidak perlu tunggu lama lagi kerana anime brutal ini akan membuat debut pada 25 Februari di Netflix. Berita ini juga disertakan dengan trailer baru yang anda boleh lihat di bawah:

Saya maklumkan sekali lagi! High-Rise Invasion akan membuat tayangan perdana di Netflix pada 25 Februari, dan walaupun trailer di atas menampilkan versi dub Inggeris, kita masih boleh menonton anime ini dalam bahasa Jepun. Maklumat ini diperolehi di laman web rasmi mereka yang juga mendedahkan senarai, pelakon suara, kakitangan, dan lagu tema.

Senarai watak yang disahkan ialah:

  • Yuri Honjo – Haruka Shiraishi
  • Mayuko Nise – Shiki Aoki
  • Kuon Shinzaki – Akira Sekine
  • Rika Honjo – Junya Enoki
  • Sniper Mask – Yuichiro Umehara
  • Mamoru Aikawa – Jun Fukuyama
  • Yayoi Kusakabe – Yoko Hikasa
  • Shinji Okihara – Megumi Ogata
  • Kazuma Aohara – Koji Yusa
  • Ein – Chika Anzai
  • Dealer Mask – Shizuka Itou

High-Rise Invasion akan diarahkan oleh Masahiro Takata dari Zero-G (Tsugumomo). Touko Machida (7SEEDS) akan mengawasi skrip siri, Yoichi Ueda (Gangsta) akan berperanan sebagai pereka watak dan ketua pengarah animasi dengan muzik oleh tatsuo dan Youichi Sakai. Lagu tema pembukaan untuk siri ini berjudul “HON-NO,” dan dinyanyikan oleh EMPiRE, manakala lagu tema akhir, “Watashi no Na wa Blue,” akan dipersembahkan oleh Have a Nice Day!

Berikut ada rumusan rasmi High-Rise Invasion dari Netflix:

“Manga High-Rise Invasion, diciptakan oleh Tsuina Miura (Ajin: Demi-Human) dan Takahiro Oba (Box!), akhirnya mendapat adaptasi anime! Pelajar sekolah menengah Yuri Honjo mendapati dirinya tersesat dalam sebuah “ruang yang tidak normal” di mana pencakar langit yang tak terhitung jumlahnya dihubungkan oleh jambatan gantung dan “individu bertopeng” yang menyembelih mangsa mereka tanpa belas kasihan. Untuk bertahan di dunia durjana ini, dia mempunyai dua pilihan: membunuh individu bertopeng ini atau dibunuh. Yuri bertekad untuk bertahan hidup agar dapat menghancurkan dunia yang tidak rasional ini, tetapi apakah nasibnya di penghujung.”

Tags: animeHigh-Rise Invasionnetflix
Previous Post

Naughty Dog rasmi sedang bikin permainan baru, didedahkan dalam senarai jawatan kosong!

Next Post

Ada Hitman 1 & 2 di PC? Anda dapat mengakses kandungan permainan secara percuma di Hitman 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Ada Hitman 1 & 2 di PC? Anda dapat mengakses kandungan permainan secara percuma di Hitman 3

Ada Hitman 1 & 2 di PC? Anda dapat mengakses kandungan permainan secara percuma di Hitman 3

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd