Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-pesanan PlayStation 5 bertema PS2 terpaksa dibatalkan kerana menerima ancaman!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Pra-pesanan PlayStation 5 bertema PS2 terpaksa dibatalkan kerana menerima ancaman!
Share on FacebookShare on Twitter

“Customization” adalah elemen yang penting bagi kebanyakkan gamer di seluruh dunia, di mana ramai yang ingin mengubah konsol permainan agar sesuai dengan tema atau reka bentuk tertentu. Walau bagaimanapun, satu syarikat cuba membawa elemen customization ke tahap yang lebih tinggi dengan menghasilkan versi istimewa PlayStation 5 yang tidak rasmi.

Pada hujung tahun lepas, sebuah syarikat bernama SUP3R5 mengumumkan versi khas konsol PlayStation 5 dan alat kawalan DualSense bertema PS2 untuk “meraikan ulang tahun ke-30 PlayStation.” Dengan membuang warna putih PS5, versi ini dihasilkan agar menyerupai skema warna PS2 lama dengan kemasan matte hitam dan logo klasik. PS5 istimewa ini mula dijual dalam kuantiti yang sangat terhad pada awal bulan ini, tetapi semuanya tidak berjalan lancar.

Dalam posting Twitter yang kini sudah dibuang, SUP3R5 mengumumkan bahawa mereka sekarang membatalkan semua pra-pesan konsol PS5 ini dan akan membuat bayaran balik pada pelanggan yang membeli. Walaupun tidak banyak yang didedahkan, syarikat itu mendakwa bahawa keputusan itu dibuat selepas mereka menerima ancaman kepada pekerjanya. SUP3R5 memilih untuk menangani ancaman tersebut dengan serius, tetapi memberitahu bahawa mereka akan menjual semula PS5 ini jika keadaan menjadi selamat kembali.

Berita itu muncul selepas beberapa isu tambahan semasa proses pra-pesanan. SUP3R5 mengaku bahawa mereka menghadapi masalah memproses pesanan dan pembayaran, yang menyebabkan jumlah aduan yang banyak oleh pengguna yang berusaha mendapatkan salah satu konsol istimewa ini. Selain itu, Sony pun tidak akan mendiamkan diri memandangkan perkara ini tidak disetujui oleh syarikat dan mereka pun tidak mempunyai kaitan dengan SUP3R5 dan PS5 custom mereka yang tidak rasmi.

Disebabkan stok untuk PS5 sangat, banyak orang memilih untuk berurusan dengan pengedar dan individu yang tidak sah untuk mendapatkannya. Walaupun PS5 jenis seperti ini mempunyai harga yang jauh lebih tinggi daripada versi standard, mereka lebih rela membelinya daripada menunggu. Apa pendapat anda tentang hal ini?

Untuk segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila lawat pautan ini.

Sumber – TomsGuide

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation 5ps2ps5SUP3R5
Previous Post

Perincian terbaru Leveling dan Co-op telah dikongsikan untuk Gotham Knights~

Next Post

Penyunting One Piece tertangkap melayari laman web hentai di siaran langsung!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Penyunting One Piece tertangkap melayari laman web hentai di siaran langsung!

Penyunting One Piece tertangkap melayari laman web hentai di siaran langsung!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd