Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[CES 2021] Razer melancarkan produk terbaru yang lebih futuristik termasuk Topeng muka & Kerusi Gaming!

Nyny.A by Nyny.A
January 13, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, Pameran/Expo, Perabot, Produk, Teknologi
0 0
0
[CES 2021] Razer melancarkan produk terbaru yang lebih futuristik termasuk Topeng muka & Kerusi Gaming!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan siri Next-Gen Razer Blade 15 dan Pro 17, Razer turut tidak ketinggalan untuk melancarkan produk terbaru mereka yang termasuk topeng muka terbaru dan juga kerusi gaming yang nampak sangat futuristik. Tanpa lengahkan masa berikut adalah produk yang telah dikenalkan oleh Razer;

Topeng muka terbaru untuk Norma Baharu

Masih ingat tahun lalu Razer telah membuka kemudahan pembuatan topeng muka bagi membantu dalam menghentikan wabak pandemik COVID-19? Ya dengan topeng yang dihasilkan, Razer telah mengedarkan 1 Juta topeng muka di seluruh dunia dan 100,000 telah diderma oleh komuniti Razer.

Tahun ini, Razer kembali dengan topeng muka baru atas nama “Project Hazel” yang merukan “Topeng Muka Terbijak di Dunia”. Topeng muka ini adalah selamat dipakai dengan penggunaan Surgical N95 Respirator, Pengudaraan Aktif dan fungsi Auto-Sterilization.

Reka bentuk Project Hazel sememangnya menarik dan nampak mengikuti gen terkini, Dengan reka bentuk transparent, juga mode Low Light, topeng muka ini turut menggunakan Teknologi Razer Voiceamp (Patent Pending) untuk kesenangan pengguna.

Tiada masalah dengan penggunaan harian, terdapat bekas disertakan bersama topeng muka ini dimana terdapat penapis yang boleh diganti, dan ventilators yang dapat di caj semula. Bekas ini juga merukan kes pengecaj dengan UV Sterilizer. Jadi sememangnya memudahkan harian kita untuk keselamatan terjamin.

Project Hazel turut mengoptimasikan pengudaraan, tidak menggangu keselesaan, meterai kedap udara dan pengguna turut boleh mengubah saiz bahagian sangkut di telinga. Nampak menarik kan? Tapi buat masa sekarang masih tiada sebut harga lagi. Kita nantikan kemaskini dari Razer ok!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Razer’s Project Hazel, sila lihat di sini.

Melihat ke Masa Depan Imersi dengan Kerusi Gaming baru!

Kini, setiap gamer memerlukan keselesaan tinggi dan penyesuaian hebat pada kerusi gaming mereka, ada yang mencari untuk tambahan TV, dengan paparan berlipat, senang cerita dengan gaya 3D untuk memudahkan pemain memandang semua arah permainan dimana sahaja. Disebabkan itu, memperkenalkan kerusi gaming terbaru dari Razer yang diberikan nama “Project Brooklyn“.

“Project Brooklyn adalah konsep menarik yang dikembangkan berdasarkan inti pati stesen permainan yang sangat mengasyikkan,” kata Min-Liang Tan. “Maklum balas haptik, visual dan reka bentuk fungsional secara keseluruhan dengan memperhatikan ergonomi akan memberikan pengalaman permainan yang unik.”

Project Brooklyn membawa konsep reka bentuk generasi seterusnya imersi pada sebuah kerusi gaming. Project Brooklyn ini mendefinisikan semula peraturan semua dalam satu hiburan. Ianya direka dari kerusi gaming yang biasa kepada Immersive Powerhouse. Membawa 60″ Paparan OLED Keliling Penuh untuk visual yang hebat dengan perincian dan kualiti. Terdapat 4D Armrest yang boleh diubah untuk keselesaan ergonomik pengguna. Bahagian kerusi turut terdapat teknologi Hypersense untuk Ultimate dalam Tactile Immersion. Ianya juga menggunakan Carbon Fibre Bucket untuk kawasan duduk supaya bergaming sepanjang hari dengan Superior Ergonomik. 

Jangan kata Project Brooklyn tiada RGB! Dikuasakan dengan Razer Chroma RGB untuk penyesuaian lampu dan imersi! Jadi, kami sendiri tidak sabar dengan pelancaran Project Brooklyn ini nanti. Memang melangkah arah futuristik untuk keselesaan pemain lah!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Razer’s Project Brooklyn, sila lihat di sini.

Menarik betul semua produk yang diperkenalkan di CES 2021. Jangan lupa ikuti pautan ini untuk ketahui semua produk yang dilancarkan di CES 2021 ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CES 2021Project BrooklynProject HazelrazerRazer Project Brooklynrazer Project Hazel
Previous Post

[CES 2021] Predator Triton 300 SE, Bertan-tan Tenaga dalam Pakej Mudah Alih!

Next Post

[CES 2021] ASUS ROG mengumumkan barisan gaming next-gen di CES 2021, termasuk Zephyrus Duo 15 SE, Strix SCAR 17, & lain-lain!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[CES 2021] ASUS ROG mengumumkan barisan gaming next-gen di CES 2021, termasuk Zephyrus Duo 15 SE, Strix SCAR 17, & lain-lain!

[CES 2021] ASUS ROG mengumumkan barisan gaming next-gen di CES 2021, termasuk Zephyrus Duo 15 SE, Strix SCAR 17, & lain-lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd