Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rakaman gameplay & fitur DualSense dijelaskan untuk Returnal! Eksklusif hanya di PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Rakaman gameplay & fitur DualSense dijelaskan untuk Returnal! Eksklusif hanya di PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Housemarque dari Finland mempunyai sejarah yang panjang bekerja dengan Sony dan pada masa ini, sedang bersiap untuk melancarkan permainan “third-person shooter” Returnal di pelantar PS5 pada tahun ini. Returnal, sebelum ini diumumkan semasa siaran langsung PlayStation 5 pada bulan Jun 2020. Di bawah adalah trailer pertama:

Baru-baru ini, studio tersebut telah mengeluarkan episod HouseCast terbaru, yang menunjukkan apa yang berlaku di belakang tabir. Siri ini dimulakan pada bulan November lalu sebagai cara untuk memberi info lanjut tentang Returnal ketika pasukan bekerja semasa pandemik global. Episod tiga hanya memfokuskan pada gameplay dengan bagaimana studio mengubah gaya permainan arked mereka ke dunia 3D yang besar.

Dalam video di bawah, kita boleh melihat sedikit gameplay yang memaparkan aksi menembak “third-person shooter” yang pantas, dan juga musuh yang kita akan hadapi. Housemarque menggunakan tenaga kinetik untuk membolehkan pemain merentasi persekitaran dengan “melompat, air dash, ledge grab, dan alat cangkuk” yang dapat menarik pemain ke sisi bukit. Salah satu contoh menunjukkan pemain menggunakan alat cangkuk untuk menemui kawasan yang biasanya tidak dapat diakses.

Selain gameplay, Housemarque juga menjelaskan tentang PlayStation 5 dan bagaimana perkakasan telah membantu studio untuk menghasilkan Returnal. Selain daripada peningkatan kuasa pemprosesan dan kelajuan SSD, studio ingin memanfaatkan segala fitr alat kawalan DualSense. Dengan menggunakan “adaptive trigger“, Housemarque dapat membuat menghasilkan dua fungsi dengan satu trigger.

Dengan separuh menekan trigger kiri, ia membolehkan fokus tradisional untuk membidik manakala menekan penuh trigger akan menggunakan tembakan alternatif senjata. Pada masa yang sama, alat kawalan dapat diubah suai sepenuhnya supaya pemain dapat menggunakan skema yang lebih tradisional jika mereka mahu.

 

1 of 3
- +

Returnal akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 pada 19 Mac 2021.

Lihat di sini
Returnal
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Housemarque
Release Date: 2021-03-19
PlayStation 5
Returnal adalah permainan "third-person shooter" yang menampilkan elemen "roguelike". Berlangsung pada zaman futuristik, pemain akan mengawal Selene, seorang juruterbang angkasa yang dilengkapi dengan senjata berteknologi tinggi. Dia terdampar di planet asing dan terperangkap dalam lingkaran waktu. Selepas mati, dia akan dihidupkan semula, lalu harus teroka persekitaran asing dan memerangi entiti luar di dunia yang sentiasa berubah.
Tags: GameplayHousemarqueps5Returnal
Previous Post

Pesaing terhebat Ash akan kembali sekali lagi di anime Pokemon Journeys!

Next Post

Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!

Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd