Pemaju GSC Game World dari Ukraine telah mendedahkan trailer baru untuk permainan open-world FPS mereka, S.T.A.L.K.E.R 2. Bagi mereka yang tidak tahu, S.T.A.L.K.E.R 2 pertama kali diumumkan di Xbox Games Showcase Microsoft dan mendapat banyak perhatian. Sekarang, sebuah “teaser in-engine” memberi peluang kepada peminat untuk melihat persekitarannya yang terperinci dan apa yang mereka bakal hadapi.S.T.A.L.K.E.R 2 berlangsung di Chernobyl Exclusion Zone. Dalam siri STALKER, dua bencana berlaku di dalam Zone, lalu menyebabkan mutasi dan anomali aneh muncul. Menurut GSC Game World, trailer ditampilkan dengan cara yang mewakili:-
“bagaimana permainan ini merasa dengan perubahan persekitaran yang pantas, pemandangan yang tidak menyenangkan dan perasaan bahaya yang tidak dapat dielakkan serta ditemani soundtrack gitar yang hampir tidak dapat dibezakan.”
Walaupun plot S.T.A.L.K.E.R 2 masih menjadi misteri, sesi Q&A GSC Game World dalam teaser dapat memberi idea kepada peminat tentang apa yang mungkin mereka alami. Dalam teaser, peminat dapat melihat bilik-bilik yang sangat terperinci dalam sebuah bangunan terbiar sambil menyaksikan bencana di luar dengan pokok-pokok yang tumbang dan asap memenuhi udara. Trailer ini juga mempunyai penamat yang menarik, kerana peminat dapat sekilas pandang kepada musuh di S.T.A.L.K.E.R 2.

@gamersantaimy
Discussion about this post