Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem aksi langsung Mortal Kombat akan keluar April 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem aksi langsung Mortal Kombat akan keluar April 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Golden Screen Cinemas (GSC) telah mendedahkan tarikh pelepasan Mortal Kombat, yang diuruskan oleh pengarah Simon McQuoid dan penerbit Todd Garner dan James Wan. Filem ini sebenarnya diumumkan beberapa tahun lalu, dan sepatutnya akan dilancarkan pada bulan depan, tetapi kini secara rasmi akan keluar pada 16 April 2021. Selain pengumuman tarikh tayangan, penerbit filem, Todd Garner, juga mendedahkan bahawa sebuah trailer baru akan dikeluarkan pada tahun baru.

#MortalKombat gets new release date – April 2021! Coming soon to GSC.

Posted by GSC on Monday, December 14, 2020

https://twitter.com/Todd_Garner/status/1338620851483156483

Berdasarkan siri permainan video terkenal Mortal Kombat, filem baru ini ialah sebuah reboot dan akan menjadi filem Mortal Kombat aksi langsung ketiga, sejak Mortal Kombat: Annihilation pada tahun 1997. Selain itu, ini adalah penampilan sulung Simon McQuoid sebagai pengarah. Pada masa yang sama, James Wan dan Todd Garner berperanan sebagai producer. Bagi mereka yang tidak tahu, James Wan yang berasal daripada Malaysia dikenali untuk filem seperti Saw, Insidious dan The Conjuring. Dia juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Furious 7 dan Aquaman.

Bagi barisan pelakon, ini ialah senarai:

  • Joe Taslim – Sub-Zero
  • Hiroyuki Sanada – Scorpion
  • Lewis Tan – Protagonis (nama tidak didedahkan)
  • Mehcad Brooks – Jax
  • Tadanobu Asano – Raiden
  • Sisi Stringer – Mileena
  • Ludi Lin – Liu Kang
  • Josh Lawson – Kano
  • Jessica McNamee – Sony Blade
  • Max Huang – Kung Lao
  • Chin Han – Tsang Tsung
  • Elidda Cadwell – Nitara

Filem Mortal Kombat akan keluar di pawagam pada 16 April 2021.

Tags: aprilfilemGolden Screen CinemasGSCmortal kombat
Previous Post

Game seram The Callisto Protocol sebenarnya kongsi dunia sama dengan PUBG!

Next Post

Alami Belantara Little Nightmares II dalam demo Steam yang tersedia sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Alami Belantara Little Nightmares II dalam demo Steam yang tersedia sekarang!

Alami Belantara Little Nightmares II dalam demo Steam yang tersedia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd