Dengan sejarah kewangan yang agak buruk, SNK telah bankrup ketika Neo Geo tidak lagi popular lalu dibeli oleh Playmore Corporation pada tahun 2001, untuk menjadi SNK Playmore. Syarikat itu sekali lagi dibeli pada tahun 2015 oleh pelabur China dan syarikat permainan mudah alih, 37Games, dengan harga $63.5 juta, yang menyebabkan nama mereka kembali kepada SNK sekali lagi.

Kini, pemilik syarikat pembangunan permainan elektronik Arab Saudi iaitu Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (Putera Mahkota Arab Saudi) telah membeli saham di SNK pada 33.3%. Syarikat pembangunan permainan elektronik Arab Saudi diciptakan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonominya yang bukan sahaja terdiri daripada minyak.
Sebelum ini, Putera Mahkota Arab Saudi sepatutnya akan menaja Riot Games untuk sebuah kejohanan League of Legends di Eropah tetapi ia terpaksa dibatalkan berikutan reaksi negatif daripada netizen. Pada masa yang sama, SNK juga harus berurusan dengan beberapa isu negatif tentang iklan yang dihasilkan oleh syarikat China. Iklan tersebut telah menampilkan Terry Bogard membuat gangguan seksual ke atas dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak bawah umur. SNK meminta maaf di Twitter atas penggunaan watak mereka yang memalukan dan meminta syarikat China yang bertanggungjawab untuk membuang iklan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=4YGDRVqIL2w
@gamersantaimy
Discussion about this post