Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Streamer terkenal xQc diserang oleh Shroud, Tyler1, & lain-lain kerana isu “stream snipe” Twitch Rivals!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Streamer terkenal xQc diserang oleh Shroud, Tyler1, & lain-lain kerana isu “stream snipe” Twitch Rivals!
Share on FacebookShare on Twitter

Streamer terkenal xQc masih terlibat dengan kontroversi kerana pada penghujung pertandingan Fall Guys, xQc dituduh melakukan “stream snipe” untuk menghalang mereka daripada menang. Tindakan ini menerima respon daripada Shroud, Tyler1, Asmongold, dan lain-lain, yang berakhir dengan ucapan minta maaf daripada xQc.

Pasukan Shroud dan DrLupo sedang bersaing dalam pertandingan Twitch Rivals: Fall Guys pada minggu lepas. Walaupun pasukan xQc tidak sepatutnya terlibat, mereka tetap “queue” pada masa yang sama dengan pasukan Shroud dan DrLupo, lalu diletakkan dalam perlawanan yang sama. Dengan ini, xQc berjaya mengesan pemain di pasukan lain melalui stream snipe, untuk mengganggu pertandingan mereka.

Mengapa xQc berbuat demikian? Biar saya jelaskan. Dalam video di bawah, kita boleh melihat stream sniper lain dalam pertandingan yang sama. Stream sniper tersebut telah memotong DrLupo, namun daripada merebut mahkota, dia berhenti dan menunggu untuk membiarkan DrLupo mendapat kemenangan. xQc melihat perkara ini dan tidak menyukai aksi stream sniper yang membolehkan DrLupo memenangi pertandingan Fall Guys secara tidak adil. Punca inilah yang mendorong pasukan XQc untuk mengganggu perlawanan DrLupo dan Shroud.

https://www.youtube.com/watch?v=KdAcuaNMn-0

Shroud menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh xQc boleh mengakibatkan dirinya diharamkan di Twitch, kerana “stream sniping” adalah pelanggaran kepada terma dan syarat Twitch. Selain itu, xQc juga telah mengganggu sebuah acara rasmi, yang melibatkan hadiah wang tunai. Selepas reaksi negatif daripada streamer-streamer lain, xQc mengeluarkan kenyataan di Twitter mengenai keadaan tersebut:

Stop defending my everywhere for no reason. We got into the final game with @DrLupo and @shroud 's team. We shouldn't of done it and it was wrong. I'm sorry for my actions. I thought it would be funny. It did not change the outcome but it was still malicious. Sorry.

— xQc (@xQc) November 15, 2020

Memandangkan xQc masih belum dikenakan ban di Twitch, kemungkinan besar pihak bertanggungjawab masih memantu keadaan. Ada kemungkinan juga bahawa xQc sudahpun dihukum dengan tidak diundang ke acara Twitch Rivals akan datang. Walau apapun yang terjadi, saya rasa ramai akan setuju supaya pemaju Fall Guys menambah pilihan lobi peribadi, untuk sebarang jenis acara.

Tags: DrLupoFALL GUYSShroudstream snipeStreamerTwitchTwitch RivalsTyler1xQc
Previous Post

Butcher boleh didapati secara PERCUMA di GOG untuk masa terhad!

Next Post

Ulasan Seven Knights: Time Wanderer – Bukan adaptasi yang paling bagus untuk Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Ulasan Seven Knights: Time Wanderer – Bukan adaptasi yang paling bagus untuk Switch!

Ulasan Seven Knights: Time Wanderer - Bukan adaptasi yang paling bagus untuk Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd