Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dua permainan video Doctor Who diumumkan! Studio Malaysia Kaigan Games uruskan salah satu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dua permainan video Doctor Who diumumkan! Studio Malaysia Kaigan Games uruskan salah satu!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Doctor Who akan dapat memulakan pengembaraan dengan Doktor ke-10 dan ke-13 tidak lama lagi! Maze Theory dan BBC Studios mengumumkan dua permainan video baru akan dilancarkan pada musim bunga 2021 di mana salah satunya dihasilkan oleh studio Malaysia, Kaigan Games. Doctor Who: The Edge of Reality akan menuju ke konsol dan PC dan merupakan expansion kepada game VR pada 2019, Doctor Who: The Edge of Time. Permainan The Edge of Reality digambarkan sebagai “pengembaraan first-person yang menarik” dengan gameplay baru, raksasa baru, dan dunia baru untuk diterokai.

Berikut adalah ciri-ciri permainan, menurut siaran akhbar:

  • Pengembaraan konsol dan PC di seluruh ruang dan masa yang dibina untuk konsol generasi terkini dan seterusnya, Doctor Who: The Edge of Reality menampilkan dunia baru untuk diterokai, teka-teki baru, cabaran baru dan gameplay baru.
  • Kisah Doctor Who asli – bongkar ancaman yang merangkumi alam semesta ketika anda berusaha menyelamatkan realiti daripada gangguan yang mengganggu masa. Teruskan kisah yang bermula di The Edge of Time dan bekerjasama dengan Doktor untuk menyelesaikan misteri yang lebih besar.
  • Musuh dan AI baru – bersemuka dengan raksasa klasik termasuk Dalek dan Weeping Angels. Alami keganasan Cybermen dan lebih banyak musuh yang belum terungkap.

Maze Theory juga mengumumkan Doctor Who: The Lonely Assassins, game baru yang bakal menuju ke iOS, Android, dan Nintendo Switch. Studio Malaysia, Kaigan Games, yang memenangi pelbagai anugerah akan membangunkan permainan ini. Permainan ini adalah genre ‘found phone‘, dan bagi yang tidak tahu, secara dasarnya ia adalah permainan di mana pemain harus maju dengan menyelesaikan misi di dalam telefon yang dijumpai.

Pemain diberi tugas untuk menyiasat satu peristiwa menyeramkan yang berlaku di Wester Drumlins. Rumah ini tiada penghuni dan menjadi ikonik kerana dipaparkan dalam episod berjudul Blink dalam siri Doctor Who. Seseorang telah dilaporkan hilang dan musuh baru yang mengancam keamanan telah muncul. Pemain akan bekerjasama dengan Petronella Osgood dan watak klasik lain untuk merapatkan diri pada kebenaran.

Doctor Who: The Edge of Reality dan Doctor Who: The Lonely Assassins akan keluar pada musim bunga 2021.

Tags: BBC StudiosDoctor WhoDoctor Who: The Edge of RealityDoctor Who: The Lonely AssassinsKaigan GamesMaze Theory
Previous Post

“Ron Kamonohashi: Deranged Detective” -Manga baru dengan Detektif yang Unik dan Polis Naif!

Next Post

Genshin Impact memperoleh Lebih $100 Juta hasil dalam tempoh 2 Minggu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Genshin Impact memperoleh Lebih $100 Juta hasil dalam tempoh 2 Minggu!

Genshin Impact memperoleh Lebih $100 Juta hasil dalam tempoh 2 Minggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd