Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tentukan masa depan angkasa di Star Wars: Squadrons! Sudah rasmi keluar hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Genre, Origin, PC, PS4, Steam, VR, Xbox One
0 0
0
Tentukan masa depan angkasa di Star Wars: Squadrons! Sudah rasmi keluar hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Setahun selepas Star Wars Jedi: Fallen Order, EA melancarkan satu lagi permainan video Star Wars di konsol dan PC. Tetapi, judul ini ialah sangat berbeza berbanding karya-karya Respawn yang kita selalu lihat. Star Wars: Squadrons, yang dibangunkan oleh Motive Studios, telah dilancarkan hari ini, 2 Oktober 2020 di PS4, Xbox One, dan PC (melalui Origin, Steam, dan Epic Games Store). Peminat VR juga dapat bermain, kerana game space shooter ini juga boleh dimainkan dalam VR pada PS4 dan PC. Mari kita lihat trailer rasmi:

Dalam Star Wars: Squadrons, anda bermain sebagai juruterbang yang akan memandu kapal-kapal ikonik daripada kedua-dua armada New Republic dan Imperial. Permainan ini menampilkan pertarungan udara (angkasa lepas) 5v5 dalam talian, pertempuran armada besar-besaran, dan jalan cerita single-player yang menceritakan peristiwa selepas Battle of Endor dan kemusnahan Death Star II. Cerita ini akan saling bertukar antara perspektif dua juruterbang – satu daripada skuadron Vanguard milik New Republic dan yang kedua daripada skuadron Titan milik Empire.

Star Wars: Squadrons mempunyai sokongan cross-play untuk Xbox One, PS4, PC, dan VR, jadi anda dapat bermain dengan rakan-rakan tidak kira platform apa yang mereka gunakan. Permainan ini mempunyai pilihan kosmetik dan gameplay yang luas sehingga anda dapat mereka juruterbang, kokpit, dan luaran kapal mengikut keinginan diri sendiri. Anda juga akan memperoleh banyak ganjaran seperti senjata, enjin, dan perisai untuk kapal angkasa ketika membuktikam kehebatan di medan pertempuran.

 

1 of 3
- +

Terdapat beberapa bonus untuk mereka yang membeli permainan lebih awal. Ini terdiri daripada barang-barang kosmetik untuk juruterbang dan kapal angkasa:

  • New Republic Recruit Flight Suit (Epic)
  • Imperial Ace Flight Suit (Epic)
  • New Republic Recruit Starfighter Skins (Rare)
  • Imperial Ace Starfighter Skins (Rare)
  • New Republic Recruit Decal (Common)
  • Imperial Ace Decal (Common)

Selain itu, mereka yang membeli permainan di Epic Games Store akan menerima X-Wing Glider di Fortnite secara percuma.

Star Wars: Squadrons telah dilancarkan di PS4, Xbox One, dan PC (melalui Origin, Steam, dan Epic Games Store) dan di VR untuk PS4 dan PC.

Tags: Motive StudiosPCPS4Star Wars: SquadronsvrXbox One
Previous Post

Penantian telah berakhir! Crash Bandicoot 4: It’s About Time kini hadir!

Next Post

Bersiaplah untuk misi seumur hidup: ROGUE COMPANY kini Free-to-Play!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Bersiaplah untuk misi seumur hidup: ROGUE COMPANY kini Free-to-Play!

Bersiaplah untuk misi seumur hidup: ROGUE COMPANY kini Free-to-Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd