Korang pernah dengar game Payday yang pertama dan kedua tu? Haaaa ni designer game Payday tu, dah buat game diorang sendiri dan nama game tu “GTFO” dan tak aku tak mencarut, itu memang nama game tu. Game tu dah di announced masa The Game Awards 2017 dengan keluarkan trailer terbaru. Memang dapat respon yang baik dari pengkritik game dan peminat game tu sendiri.
Sekarang ni nama company tu 10 Chambers Collective yang based kat Sweden dah keluarkan Gameplay yang berdurasikan 9 minit panjang dia, dan setakat ni, gameplay dia nampak bagus dan smooth gila, yelah dari sama designer dari Payday series so memang tau la smooth camne diorang buat design game ni dan gameplay buat dalam game ni.
Game ni bertemakan 4 person Survival Horror, ada elemen macam L4D dan Payday, game ni amat pentingkan team work dan in-game tactical, if tak boleh atau langgar memang kena tibai dengan player lain dalam tu aku jamin. So ini adalah peringatan, jangan ikut kepala sendiri dalam game ni. Game ni akan keluar dalam tahun tapi tak announce lagi bila dan minimum spec pun tak announce apa-apa lagi, So kita tunggu je la.
Overall, bagi aku memang suka game yang buat style coop shooting game ala-ala L4D atau Payday sebab tu ada elemen dia tersendiri tapi aku concern sikit dari segi details dia macam ni ada microtransaction tak? ni Pay-2-Win kind of game ke? ataupun ada level lain ke? banyak yang kita tak tahu, tapi apa-apa pun kita tunggu update dari diorang.
Nah aku bagi Website 10 Chambers Collective dan Steam Page diorang untuk update apa-apa dari diorang.
@gamersantaimy
Discussion about this post