Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Deathloop & GhostWire: Tokyo masih menjadi “eksklusif masa terhad” PS5 walaupun dimiliki Xbox!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2020
in Artikel, Berita, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Deathloop & GhostWire: Tokyo masih menjadi “eksklusif masa terhad” PS5 walaupun dimiliki Xbox!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda terlepas, berita besar dalam dunia permainan buat masa ini adalah mengenai pengambilalihan Microsoft ke atas ZeniMax Media, syarikat induk Bethesda Softworks, yang bernilai sebanyak $7.5 bilion. Pengambilalihan itu, yang dijangka dirasmikan pada separuh kedua tahun fiskal 2021, mengumpulkan studio kreatif pihak pertama Xbox, dan membawa banyak francais popular seperti Doom, Fallout, Dishonored dan The Elder Scrolls di bawah milik Microsoft. Ini juga merangkumi dua permainan video eksklusif terhad PlayStation 5 akan datang iaitu: Deathloop dan GhostWire: Tokyo. Walaupun pengambilalihan itu menimbulkan persoalan besar tentang status “terhad di PS5“, nampaknya Xbox akan menghormati perjanjian itu.

Menurut wawancara oleh Bloomberg dengan ketua Xbox, Phil Spencer, perjanjian penerbitan untuk kedua-dua permainan video ini tidak akan berubah. Buat masa ini, Deathloop (yang sekarang dimiliki Arkane Studios di bawah Xbox) dan GhostWire: Tokyo (yang sekarang dimiliki Tango Gameworks di bawah Xbox) akan terus dilancarkan sebagai eksklusif masa terhad untuk PlayStation 5.

To answer the question everyone is asking: Phil Spencer tells @dinabass that Xbox plans to honor the PS5 exclusivity commitment for Deathloop and Ghostwire: Tokyo.

Future Bethesda games will be on Xbox, PC, and "other consoles on a case by case basis." https://t.co/Agyttr53LO

— Jason Schreier (@jasonschreier) September 21, 2020

Itu tidak bermakna permainan video besar lain di bawah Bethesda akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada masa akan datang. Starfield, misalnya, sudah rasmi akan keluar untuk Xbox dan PC. Apabila ditanya jika ia dihasilkan untuk PlayStation … Spencer menjawab: “kami akan memikirkan tentang konsol lain berdasarkan kes demi kes,”.

Deathloop baru-baru ini ditunda ke Q2 2021 manakala GhostWire: Tokyo pula akan dilancarkan pada tahun yang sama. Ramai menjangkakan bahawa kedua-duanya akan tiba di Xbox Series X|S selepas enam hingga 12 bulan dilancarkan pada PlayStation 5.

Xbox Series X dan Xbox Series S akan dilancarkan pada 10 November di mana pra-pesanan dijangka akan bermula secara langsung pada esok hari di beberapa negara. Hal ini masih belum  pasti di Malaysia. Anda boleh menyemak semua liputan Xbox kami yang lama di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BethesdaDEATHLOOPGhostwire : TokyoMicrosoftplaystation 5xboxXbox Series SXbox Series X
Previous Post

[Review]Kickflip, Indy atau Pop Shove-It? Semua ini dalam Tony Hawk Pro Skater 1+2!

Next Post

Diskaun Besar untuk Forza Horizon 3 sebelum dihapuskan hujung minggu ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diskaun Besar untuk Forza Horizon 3 sebelum dihapuskan hujung minggu ini!

Diskaun Besar untuk Forza Horizon 3 sebelum dihapuskan hujung minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd