Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Permainan video anime Edens Zero oleh Hiro Mashima sah dalam pembangunan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Permainan video anime Edens Zero oleh Hiro Mashima sah dalam pembangunan!
292
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Edens Zero oleh pencipta Fairy Tail, Hiro Mashima, secara rasmi mempunyai permainan video dalam pembangunan yang akan didedahkan tidak lama lagi. Walaupun sedikit yang diketahui oleh khayalak ramai, Konami akan bertanggungjawab menguruskan projek dan ia dijangkakan bahawa lebih banyak lagi akan diumumkan di Tokyo Game Show 2020 Online pada 26 September. Dengan andaian ia seperti adaptasi permainan video untuk anime/manga terkenal, kita pasti dapat melihat penampilan pertama atau seni rekaan bersama nama rasmi judul tersebut.

https://twitter.com/hiro_mashima/status/1306212262546296834

という訳でTGSに出演します!まだ詳細は言えないけど凄いゲームになりそうなので楽しみです!

— 真島ヒロ (@hiro_mashima) September 16, 2020

Kerana maklumat terhad, ia masih tidak diketahui tentang pelantar apa yang mungkin permainan video Edens Zero dilancarkan pada tarikh pelancaran. Cuma, apa yang saya tahu ialah Hiro Mashima akan membuat kemunculan di Tokyo Game Game Show 2020 untuk menyokong permainan video-nya sendiri, dan mempromosikan pendedahan tersebut di Twitter.

Sekiranya anda tidak kenal Edens Zero, ini adalah manga yang disiarkan di majalah Weekly Shonen yang diterbitkan oleh Kodansha. Anda boleh membaca sinopsis rasmi di bawah:

“Di sebuah taman hiburan terbiar bernama Granbell Kingdom, Shiki telah menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Tetapi suatu hari, Rebecca dan teman kucingnya Happy muncul di pintu depan taman itu di mana mereka belajar ini adalah interaksi pertama Granbell bersama manusia selepas seratus tahun! Ketika Shiki berusaha mencari rakan baru, mesin-mesin Granbell mengambil peluang untuk melakukan pemberontakan… Ketika kediamannya menjadi terlalu bahaya, Shiki harus menyertai Rebecca dan Happy dan melarikan diri ke dalam kosmos.”

Apa pendapat anda mengenai berita ini? Teruja tidak untuk lihat apa yang berlaku? Beritahu saya tentang pendapat anda di ruang komen.

Tags: Edens ZeroFairy TailHiro Mashimakonami
Previous Post

Kingston melancarkan pemacu USB Badminton edisi terhad di Malaysia!

Next Post

RP Musim ke-15 PUBG Mobile memberi banyak ganjaran hebat dan disuaikan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
RP Musim ke-15 PUBG Mobile memberi banyak ganjaran hebat dan disuaikan!

RP Musim ke-15 PUBG Mobile memberi banyak ganjaran hebat dan disuaikan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd