Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 dah nak dilancarkan, jom usha dulu review demo kami!

Ini sebuah remake yang marvelesss~

Nyny.A by Nyny.A
September 3, 2020
in Artikel, Berita, Demo, Epic Store, Game Review, Genre, Pandangan Pertama, PC, PS4, Review, Sukan/lumba, Xbox One
0 0
0
Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 dah nak dilancarkan, jom usha dulu review demo kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada sesiapa yang tidak pernah atau tidak sempat merasa Tony Hawk’s Pro Skater yang asal pada tahun 1999 dan 2000 dahulu, anda sememangnya terlepas rasa “hype” seorang skateboarder yang teruja gila ketika game ni keluar di PlayStation! Tapi, zaman sekarang dah maju dan para Skater dan peminat Tony Hawk (skater terkenal di dunia) dah boleh bersedia dengan kehadiran Remake permainan asal ini dan ianya akan hadir 4 September ini! Iya, Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 (THPS1+2) akan hadir 4 September 2020 ini di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC via Epic Game Store. 

Jadi pada anda yang ingin merasakan permainan asal yang dibuat semula ini, inilah peluang anda kerana permainan dari Activision ini memberi perubahan besar terutama pada grafiknya! Membawa anda semula ke permainan skateboard yang sangat ikonik yang dihasilkan Activision, digabungkan dalam satu koleksi, kesemua Skaters, Level dan Trick kembali dalam versi REMASTERED sepenuhnya! Dan kami sempat mencuba demo yang diberi oleh Activision kepada kami. Demo ini tidak lah lama, ianya ibarat teaser 2 minit untuk pemain merasakan kehangatannya sebelum dilancarkan secara rasmi.

Demo yang sama ini juga tersedia pada sesiapa sahaja yang telah pre-order permainan ini. Dalam demo yang kami cuba ini, level Warehouse yang asal telah dibuka dengan kami terus bermula dengan meluncur terus kebawah sambil memecahkan pintu gudang diiringi lagu Superman – Goldfinger dan Rage Against The Machine – Guerilla Radio memang menggamit zaman memuda anda lah!

Gameplay:

Ini baru 2 minit demo sahaja yang saya mainkan, tidak tahulah bagaimana agaknya dapat main permainan penuh, ada pula saya main tanpa henti 5 hari 5 malam karang! Demo ini merangkumi mod Single Session klasik, dengan pemain berusaha mendapatkan skor tertinggi dalam jangka masa 2 minit. Semuanya memang mengingatkan memori lau, cuba diberi nafas baru dengan cat gudang yang baru, juga nampak realiti dimainkan dalam PlayStation Pro saya!

Dari segi kawalan, rasanya tidak banyak berbeza dari THPS 1+2 yang asal. Anda boleh menggunakan D-pad atau lebih senang menggunakan Joystick L3 untuk penggerakkan dan triangle/circle/cross/square untuk melancarkan Tricks. Setiap trick ada skil-skil tersendiri yang boleh dihasilkan seperti Lip Trick dimana anda perlu tekan butang kiri + triangle untuk Tuck Knee Invert atau hasilkan Grab Trick dengan tekan butang bawah + circle untuk Tail Grab, juga Flip Trick dengan Hardflip menggunakan butang L3 arah 11 +  square . Butang cross kebanyakkannya untuk melompat.  

Antara skil yang turut ada adalah:

  • Ollie
  • 360° 
  • BS Overcooked
  • 180 Japan
  • Tuck-Knee Invert
  • FS & BS Smith
  • FS Nosegrind
  • Switch
  • The 900
  • Heelflip
  • Kickflip
  • Dan banyak lagi~

 

1 of 3
- +

Yang best nya dalam stage demo ini, lebih banyak skil yang saya hasilkan termasuk menggunakan skil kombo, ianya akan meninggikan bar Special Move! Lebih banyak trick Special yang dihasilkan, lebih tinggi mata yang dapat dikumpulkan dalam masa terhad yang diberikan dalam mod ini. Tetapi berhati-hati, setiap Special Trick yang dihasilkan, anda akan melihat terdapat Balanced Bar yang perlu selalu diperhatikan, jika ianya mencecah kebawah, secara auto anda akan terjatuh atau tersungkur. 

Watak, board dan gear yang tersedia:

Dalam demo ini, saya hanya dapat menggunakan si tuan empunya nama permainan sahaja iaitu Tony Hawk. Tetapi jika didalam permainan penuh, semua skater asal seperti  Geoff Rowley, Elissa Steamer, Kareem Campbell, Andrew Reynolds, Bob Burnquist, Steve Caballero, Bucky Lasek, Jamie Thomas, Chad Muska dan Rune Glifberg akan tersedia serta beberapa nama terbesar dari skaters moden. Setiap watak akan memberi pemain akses kepada gerakan tanda tangan epik mereka seperti “Darkside grind” Rowley dan “900” pemecah rekod asal Tony.

Tony hadir dengan set gerakan khasnya sendiri termasuk ‘The 900’ dan pemain dapat memberikan gerakan khas tambahan dari skater profesional lain dan pemain juga boleh menghasilkan profile tersendiri. Sama seperti watak yang hanya boleh digunakan hanya satu, deck atau dalam permainan adalah “board”,  pakaian dan juga gear hanya ada satu pilihan, tetapi jika dalam permainan penuh, setiap barangan ini akan mempunyai statistik tersendiri untuk dipilih.

Reka bentuk dan Grafik:

Seperti yang dinyatakan di atas perenggan, stage Warehouse memang nampak realistik dan persekitaran yang tidak bosan dilihat berbanding zaman dahulu ibarat “pixel”. Contoh gambar dibawah:

Seperti yang anda lihat dari screenhot perbandingan diatas, terdapat banyak peningkatan yang luar biasa pada permainan THPS 1+2 remastered ini. Dilancarkan di PlayStation yang asli pada bulan Ogos 1999, judul pertama siri ini membantu memimpin peralihan industri permainan ke permainan 3D. Ini berkat kemajuan Sony dalam teknologi geometri dengan PlayStation dan Tony Hawk Pro Skater yang asli menetapkan standard untuk genre tersebut.

Jujur, saya agak meminati pembuatan semula permainan ini, setiap tahap yang dibina dan dibuat semula tidak melupakan sejarah THPS yang lalu, walaupun penampilan diperbaharui untuk memodenkan pengalaman secara visual, ianya tidak meninggalkan sebarang jiwa dari permainan asal. Dalam demo ini juga saya dapat melihat watak Tony Hawk juga nampak sangat realiti!

Dan selebihnya:

Soundtrack yang tersedia mencampurkan lagu-lagu popular yang lama an yang baru, tetapi aa juga beberapa lagu yang tiada dikatakan sebab isu lesen. Anda juga boleh mendengar kesemua lagu THPS 1+2 di Spotify yang disediakan. Dalam permainan, anda juga boleh mengubah lagu bila-bila masa dengan menekan butang R3.

https://open.spotify.com/playlist/37i9dQZF1DX6F6y6vVLZ8H?si=l1i6h2p_SAisk_ISv43X2g

Remaster juga akan menampilkan semua level asal dari dua permainan pertama di francais, dari Warehouse hingga The Bullring. Level tersebut boleh dimainkan secara solo dengan gol lama dan baru, dengan permainan penuh kelak yang membenarkan anda bermain dengan rakan untuk co-op tempatan, atau dalam talian dengan mod permainan multiplayer yang asli. Semua ini akan dipersembahkan dalam resolusi 4K yang menakjubkan dengan grafik yang diperbaharui dan dipertingkatkan, berjalan pada kecepatan bingkai yang lebih tajam daripada grind 50-50 yang sempurna: 60 FPS.

Create-A-Skater dan Create-A-Park Return, Dirombak

Sesuatu yang menanti dalam permainan oenuh! Lebih suka mengukir skatepark anda sendiri dengan pemain skater yang anda buat? Create-A-Skater dan Create-A-Park kembali; yang terakhir menampilkan suite penyuntingan yang mantap membolehkan anda membuat tahap penyesuaian yang luar biasa. Ingin menjadikan skatepark sebagai imaginasi paling liar anda? Semuanya menunggu anda untuk membina dan kemudian berkongsi dalam talian dengan rakan. Lepas dah buat tu nanti, jangan lupa pergi ke sosial media dengan hashtag #THPS #GOATMOMENT dan kongsikan kandungan eksklusif dan menarik dari gameplay anda di THPS 1+2!

Kesimpulannya

Jika anda memang peminat setia Tony Hawk dan memang anda seorang skateboarder yang ingin meluangkan masa untuk bermain game di rumah sebab tak dapat skate kat luar rumah sebab hujan ke~ Macam saya, saya sememangnya teruja untuk bermain permainan penuh pembuatan semula THPS 1+2 ini! Memang seronok melihat perubahan di setiap sudut kawasan, watak dan pelbagai lagi kerana segalanya nampak realistik. Tetapi nak cakap banyak sekarang ini baru demo kan~ Jadi kot ada rezeki, saya akan kongsikan pula review penuh Tony Hawk Pro Skater 1+2!

Pada anda yang berminat nak membeli THPS 1+2, anda boleh mendapatkannya pada harga RM179.00 untuk standard dan RM219.00 untuk Digital Deluxe Edition bagi pengguna PlayStation 4 di PlayStation Store. Atau anda boleh terus ke laman web rasmi Tony Hawk Pro Skater 1+2 untuk pembelian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ActivisionSkateboardskatersTHPS1+2Tony HawkTony Hawk’s Pro SkaterTony Hawk’s Pro Skater 1 + 2Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 review demo
Previous Post

Pra-pesan ASUS ROG Phone 3 Strix Edition sekarang untuk RM999! Bakal dilancarkan 5 September 2020!

Next Post

Mega Man ZX kolaborasi dengan Messiah di ROCKMAN X DiVE terjadi!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mega Man ZX kolaborasi dengan Messiah di ROCKMAN X DiVE terjadi!

Mega Man ZX kolaborasi dengan Messiah di ROCKMAN X DiVE terjadi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd