Buat masa ini, Digimon Adventure sedang menceritakan kisah baru berdasarkan siri klasik pada setiap minggu. Tetapi sebelum reboot anime ini muncul, kisah DigiDestined “ori” sudahpun berakhir dengan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna. Filem ini pada asalnya hanya dikeluarkan di Jepun kerana pandemik COVID-19 yang berlaku telah mengganggu tayangan pawagam di Malaysia. Selepas membuat debut pada 1 Julai di GSCinemas, versi digital dan Blu-ray secara rasmi akan dikeluarkan untuk seluruh dunia pada musim luruh ini.
Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia pada 29 September, dan Blu-ray pada 26 Oktober. Sempena itu, akaun Twitter rasmi Toei Animation berkongsi poster menakjubkan yang menampilkan evolusi akhir Agumon dan Gabumon yang muncul dalam filem baru. Yang saya tertanya… apa lagi yang mereka akan umumkan pada tarikh tersebut? Katanya masih ada sesuatu yang “istimewa”.
📢 NEW VISUAL REVEAL for the 20th Anniversary film, Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!
Coming to Digital on 9/29 & Blu-ray/DVD on 10/6! We’re planning something special for the kick-off, so stay tuned! #Digimon #DigimonAdventure #DigimonKizuna pic.twitter.com/usGA68gf58
— Toei Animation (@ToeiAnimation) August 18, 2020
Sinopsis:
“Taichi kini seorang pelajar universiti, yang tinggal sendirian dan bekerja keras di sekolah. Dia bekerja setiap hari dengan masa depannya masih belum diputuskan. Pada masa yang sama, Yamato dan yang lain masih menyelesaikan isu-isu dan aktiviti Digimon. Sebuah fenomena yang tidak dijangka telah terjadi dan para DigiDestined belajar bahawa apabila anda dewasa, hubungan mereka dengan pasangan Digimon akan berakhir.”
“Apabila pemasa diaktifkan di Digivice, mereka menyedari bahawa semakin banyak mereka berlawan bersama Digimon, semakin cepat ikatan mereka putus. Adakah anda sanggup memperjuangkan demi orang lain dan hilang pasangan anda? Masa untuk memilih semakin hampir. Tidak banyak masa sebelum ‘kanak-kanak terpilih’ menjadi dewasa. Ini adalah pengembaraan terakhir Taichi dan Agumon.”
Adakah anda semua sudah menonton Last Evolution Kizuna? Ini baru sinopsis pendek. Jika berminat, mari baca ulasan penuh saya yang *penuh spoiler* di pautan ini. Amaran ya! Ulasan movie saya penuh spoiler. Jika tidak, mari baca segala liputan GS yang lain tentang francais Digimon di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post