Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laporan baru PS5 bikin bimbang ~ Mungkin tak larat main game 4K!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2020
in Artikel, Berita, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Laporan baru PS5 bikin bimbang ~ Mungkin tak larat main game 4K!
Share on FacebookShare on Twitter

Laporan baru tentang PS5 mungkin membuatkan peminat PlayStation bimbang dengan konsol yang dikatakan kurang berkuasa. Menurut laporan ini, PS5 bukan sahaja lebih mahal daripada Xbox Series X, malah kekurangan kuasanya dibandingkan dengan konsol Xbox dilaporkan menyebabkan ramai pemaju permainan pening kepala. Lebih khusus lagi, PS5 nampaknya menghadapi masalah menguruskan permainan video pada 4K.

Laporan ini datang daripada orang industri dan pakar informasi Dusk Golem, yang mendakwa Microsoft mempunyai konsol yang lebih kuat dan murah dengan Xbox Series X. Dia tidak membocorkan secara spesifik tentang harga untuk kedua-dua konsol dan tidak menyatakan betapa murahnya lagi Xbox Series X, tetapi mereka memberi amaran bahawa peminat PlayStation perlu bersiap sedia untuk pengumuman harga.

(2/3) But people are should get ready for the really real possibility that the PS5 is going to end up being the more expensive console between the two, I'm trying not to say much here as I was asked not to but prepare yourself, which does put Xbox X in a position it'll be the

— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) August 12, 2020

“Orang harus bersiap sedia untuk kemungkinan nyata bahawa PS5 akan menjadi konsol yang lebih mahal antara keduanya. Saya cuba untuk tidak mengatakan banyak di sini tetapi siap sedia.”

Dusk Golem meneruskan penjelasan dan memberitahu bahawa PS5 sedang bergelut dengan permainan video 4K, yang mungkin akan menghasilkan banyak 4K “palsu” di konsol:

(3/3)the less expensive and more powerful console. I used RE8 as an example, but I've heard from other devs that PS5 struggles with 4k games in particular so you'll see a lot of fake 4k. That doesn't matter to some, but get ready for that too. Xbox X doesn't have the same problem

— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) August 12, 2020

“Ini meletakkan Xbox Series X pada kedudukan di mana ia akan menjadi konsol yang lebih murah dan lebih berkuasa. Saya menggunakan Resident Evil 8 sebagai contoh, tetapi saya pernah mendengar daripada pemaju lain bahawa PS5 bergelut dengan permainan video 4k khususnya jadi anda akan melihat banyak 4K palsu. Itu tidak menjadi masalah bagi beberapa orang, tetapi bersiap sedia untuk itu juga. Xbox Series X tidak mempunyai masalah yang sama.”

Di sini, tweet-nya pun berakhir. Untuk legakan hati anda semua, Dusk Golem menjelaskan bahawa ini adalah apa yang dia dengar secara anekdot semasa bercakap dengan pemaju lain. Dalam erti kata lain, janganlah percaya bulat-bulat. Tidak ada maklumat rasmi di sini, dan walaupun ia betul, maklumat itu boleh berubah.

Pada saat penulisan, Sony belum memberikan komen tentang khabar angin ini. PlayStation 5 dijadualkan akan keluar pada cuti 2020 ini tetapi harga rasmi masih belum diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 4Kplaystationplaystation 5ps5SonyXbox Series X
Previous Post

Fortnite diharamkan di Google Play Store & Apple App Store! Epic Games Store memberontak!

Next Post

Dapatkan Remnant: From the Ashes & The Alto Collection PERCUMA di Epic Game Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Dapatkan Remnant: From the Ashes & The Alto Collection PERCUMA di Epic Game Store!

Dapatkan Remnant: From the Ashes & The Alto Collection PERCUMA di Epic Game Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd