Godfall, game action-adventure yang dibangunkan oleh Gearbox Software untuk PC dan PlayStation 5, menerima pandangan yang lebih jelas semasa acara State of Play pada hari ini. Dijelaskan oleh pemaju Counterplay Games, pemain akan menerima lebih banyak ganjaran jika bermain lebih agresif, berani mengambil risiko, menguasai kombinasi pertempuran, dan mendominasi pihak lawan.
Dalam trailer di atas, pengarah permainan, Keith Lee, menunjukkan lima kelas senjata berbeza dan abiliti-abiliti khas, serta bagaimana ia digunakan untuk mengalahkan musuh. Serangan ringan ialah R1 dan serangan berat ialah R2, X digunakan untuk mengelak dan jika ditekan dua kali, pemain akan melakukan “evasive slide”.
Dual Blades
- sepasang senjata ringan yang sesuai untuk musuh lemah.
- boleh melakukan kombo dengan empat serangan ringan berturut-turut atau hancurkan musuh dengan serangan berat Blade Cyclone.
- Abiliti unik:
- Inner Focus: meningkatkan kekuatan untuk jangka masa yang singkat.
- Mortal Coil: melemparkan pisau ke musuh dan menariknya ke arah anda.
Longsword
- senjata seimbang dan serba boleh untuk pelbagai musuh.
- boleh melakukan kombo dengan empat serangan ringan berturut-turut atau hancurkan musuh dengan serangan Attack Finisher pada akhir kombo.
- Abiliti unik:
- Spectral Flurry: serangan yang tidak dapat dihentikan oleh musuh.
- Spiral Technique: membunuh sekumpulan musuh yang berbaris berturut-turut.
- Shield Uppercut: di hujung serangan Longsword, signal putih menandakan peluang anda untuk melakukan serangan ini.
Shield
- Menghalang serangan musuh.
- “tepis” serangan pada waktu yang tepat.
- pantulkan serangan projektil.
- Abiliti unik:
- Boleh dibaling ke musuh.
- Serangan 360 darjah untuk membatukan musuh-musuh di sekeliling.
- Spectral Blow: kawal ruang di sekitar dan gunakan impak pada musuh.
- Tekan R3 untuk serangan finisher di tanah.
Pertarungan BOSS – Phalanxer
Counterplay ingin menyeimbangkan kedua-dua peralatan dan kebolehan pemain, agar pengguna dapat merasa seperti mereka mencapai sesuatu, dan bukan hanya menang pada skor sahaja. Gaya permainan Godfall lebih tertumpu pada serangan berbanding pertahanan, dan ini amat ditekankan semasa penjelasan video. Godfall belum mempunyai tarikh pelancaran tetapi rasmi akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post