Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat DC? Sertai acara virtual DC FanDome untuk segala berita eksklusif & hadiah-hadiah menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2020
in Acara, Animasi, Artikel, Berita, Cosplay, Filem, Genre, HBO, Komik, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Peminat DC? Sertai acara virtual DC FanDome untuk segala berita eksklusif & hadiah-hadiah menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. akan mengadakan pengalaman alam virtual selama 24 jam yang menampilkan segala-galanya daripada DC Multiverse secara percuma. Diberi nama DC FanDome, acara ini akan bermula pada 22 Ogos 10 a.m PT (23 Ogos 1 a.m GMT) untuk menyatukan peminat di seluruh dunia.

Acara ini akan menunjukkan senarai semua adiwira dan penjahat DC kegemaran dari masa lepas hingga sekarang dan tersedia di DCFanDome.com selama 24 jam. Peminat akan menerima pengumuman baru, rakaman eksklusif dan berita terkini daripada WB Games, filem dan TV, dan komik, serta peluang untuk mendengar pendapat para pelakon dan pencipta filem DC dan siri TV-nya yang luas, termasuk:

  • Aquaman
  • The Batman
  • Batwoman
  • Black Adam
  • Black Lightning
  • DC Super Hero Girls
  • DC’s Legends of Tomorrow
  • DC’s Stargirl
  • Doom Patrol
  • The Flash
  • Harley Quinn
  • Lucifer
  • Pennyworth
  • Shazam!
  • The Suicide Squad
  • Supergirl
  • Superman & Lois
  • Teen Titans GO!
  • Titans
  • Watchman
  • Young Justice: Outsiders

Selain itu, peminat berpeluang mendengar lebih banyak tentang Snyder Cut: Justice League yang akan dilancarkan di HBO Max pada tahun 2021 dan Wonder Woman 1984, yang akan dibuka di pawagam pada 2 Oktober.

How'd they make Diana's Golden Armor for @wonderwomanfilm? Head here for an inside look before #DCFanDome ⭐ https://t.co/3GuvRQm34s #WW84 pic.twitter.com/y3fxku5GAp

— Wonder Woman (@DCWonderWoman) July 27, 2020

Di pusat DC FanDome adalah “Hall of Heroes“, di mana anda dapat menikmati rancangan istimewa, panel dan kandungan khas daripada pelbagai filem, siri TV dan permainan video tersedia dalam beberapa bahasa. Peminat juga dapat menyelam ke DC Multiverse melalui lima saluran tambahan:

  • DC WatchVerse
  • DC KidsVerse
  • DC YouVerse
  • DC InsiderVerse
  • DC FunVerse

Sebagai tambahan, DC FanDome juga bekerjasama dengan Talenthouse, untuk melancarkan pertandingan DC Fan Art & Fandom terbaik. Ia mendorong peminat untuk mempamerkan cosplay, solek, tatu dan sebarang usaha kreatif yang berkaitan dengan DC. Artis terpilih pada hari acara akan dipilih oleh komuniti dalam setiap pertandingan untuk membantu hakim memilih pemenang. Pemenang artis terpilih akan menerima sebahagian daripada hadiah wang tunai.

Menarik kan? Jangan lupa kunci tarikh di atas untuk DC FanDome! Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaradcDC FanDomeDC MultiverseWarner Bros
Previous Post

Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri – The Witcher: Blood Origin!

Next Post

Alien bakal menyerang anda~ “Destroy all Humans!” dilancarkan tepat 12AM nanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Alien bakal menyerang anda~ “Destroy all Humans!” dilancarkan tepat 12AM nanti!

Alien bakal menyerang anda~ "Destroy all Humans!" dilancarkan tepat 12AM nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd