Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gintama boleh jadi raja fighter dalam kolab King of Fighters ALLSTAR!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Gintama boleh jadi raja fighter dalam kolab King of Fighters ALLSTAR!
Share on FacebookShare on Twitter

Gelaran “juara” masih kosong di game mobile The King of Fighters ALLSTAR, tetapi bersama pelancaran kolaborasi baru, persaingan akan menjadi lebih sukar dengan kemunculan sebuah siri anime terkenal. Kolaborasi The King of Fighters ALLSTAR x Gintama telahpun bermula dan akan berlangsung sehingga 13 Ogos 2020.

Seperti yang anda lihat dalam video, banyak watak Gintama boleh diperoleh semasa anda bermain KOF ALLSTAR dan tersedia melalui acara-acara istimewa untuk membolehkan anda mengumpul. Sebagai contoh, acara Super Mission membolehkan pemain merekrut Kagura manakala Elizabeth boleh diperolehi melalui acara Gintama Attendance. Misi-misi baru juga dilancarkan sempena kolaborasi ini serta gacha untuk dapatkan watak-watak lain. Berikut adalah senarai penuh setiap watak dalam kolaborasi The King of Fighters ALLSTAR x Gintama:

  • Sakata Gintoki
  • Elizabeth
  • Hijikata Toshiro
  • Kagura
  • Kamui
  • Katsura Kotaro
  • Kondou
  • Okita Sogo
  • Takasugi Shinsuke
  • White Yaksha Gintoki

Walaupun game ini masih baru lagi, KOF ALLSTAR agak terkenal dengan acara kolaborasi mereka yang luar biasa. Yang pertama ialah bersama Tekken 7 (yang mungkin agak normal), tetapi kolaborasi bersama WWE benar-benar mengejutkan ramai orang, di mana mereka masukkan ahli gusti terkenal seperti John Cena, Undertaker, The Rock, dan lain-lain.

The King of Fighters ALLSTAR kini tersedia untuk peranti Android dan iOS. Sertai acara Gintama sekarang yang berlangsung sehingga 13 Ogos 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGintamaMobileThe King of Fighters ALLSTAR
Previous Post

PS5 eksklusif diperbuat daripada emas tulen! Hanya untuk warga bangsawan!

Next Post

FIFA21: EA Sports melancarkan beberapa ciri baru ansuran seterusnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
FIFA21: EA Sports melancarkan beberapa ciri baru ansuran seterusnya!

FIFA21: EA Sports melancarkan beberapa ciri baru ansuran seterusnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd