OK, lagi cite dari Gamescom 2018; kalini pasal game Left Alive. Square Enix memula share gameplay dia kat TGS 2017. Setakat ni dia release screenshot je untuk tatapan kita semua.
DualShockers antara yang bertuah dapat tengok footage tu, dan dapat berbual dengan director game tu Toshifumi Nabeshima dan producer Shinji Hashimoto. Antara maklumat yang berjaya dikorek:
- Pemain boleh pilih untuk lawan robot Wanzer, atau pilih approach lain on foot
- Ada robot dari Front Mission
- Kalau battle on foot, ianya sangat tactical dan resources korang terhad. Memang kena guna perangkap dan crafting kalau nak menang
- Pilihan. Contohnya nak decide nak selamatkan civilian. Setiap orang ada backstory dia, dan korang kena yakinkan civilian ni untuk ikut. Taknak bawak pun boleh. Ikut suka korang
- Bila dah tamat game, pemain akan tahu apa jadi kat hero game ni, sekali dengan civilian yang diselamatkan
- Sebuah game cover shooter
- Peluru susah nak dapat, saje tak nak pemain “head-on” guns blazing. Main pakai otak sikit
Release date dia blom ada lagi, tapi akan ada untuk PS4 dengan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post