Ingat lagi kami ada kongsikan mengenai Season Pass 3 Naruto to Boruto: Shinobi Striker yang disahkan dan bakal keluar tahun ini? Nampaknya Majalah Shueisha’s Weekly Shonen Jump edisi ke-33 dan ke-34 tahun ini mendedahkan bahawa Kakashi Hatake (dengan kedua-dua mata Sharingan) akan menjadi watak DLC ke-19 untuk permainan Naruto to Boruto: Shinobi Striker dari Bandai Namco Entertainment. Watak akan tiba dalam permainan “tidak lama lagi,” dan akan menjadi sebahagian daripada hantaran season pass ke-3 permainan, yang akan merangkumi watak DLC 19-23.
Sesiapa yang pernah membeli season pass sebelum ini pasti tahu watak yang ada adalah: Zabuza Momochi, Haku, Ohnoki, Killer Bee, Sasuke Uchiha (dari Boruto), Ino Yamanaka, Might Guy, Mei Terumi dan Naruto Uzumaki (sebagai Hokage Ketujuh di anime dan manga Boruto).
Manakala musim pertama pula terdapak 9 pek DLC dan aksesori “Great Sages of the Mount Myouboku”. Watak DLC yang boleh dimainkan termasuk Jiraiya, Sarutobi, Orochimaru, Hokage keempat Minato Namikaze, Hokage kedua Tobirama Senju, Hokage pertama Hashirama Senju, Tsunade, Obito Uchiha dan Madara Uchiha.
Bandai Namco Entertainment melancarkan permainan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam di Amerika, Eropah, dan Asia Tenggara pada bulan Ogos 2018. Permainan ini dilancarkan di Jepun untuk PlayStation 4 pada bulan Ogos 2018.
Naruto to Boruto: Shinobi Striker adalah gelaran empat lawan empat berkelajuan tinggi yang mendorong permainan koperatif melalui penggunaan peranan khusus watak. Karakter terbahagi kepada empat peranan: Attack, Ranged, Defense dan Heal. Pasukan yang menggunakan empat jenis watak ini akan menjadi lawan yang hebat di medan perang.
Game Jikkyousha Wakuwaku Band menampilkan lagu tema permainan “Signal.”
Spesifikasi Naruto to Boruto: Shinobi Striker | ||
MINIMUM: | RECOMMENDED: | |
Memerlukan pemproses dan sistem operasi 64-bit | ||
OS: | Windows 7/8.1/10 | |
Pemproses: | Intel Core i3-8350K | Intel Core i5-2500K @ 3.30GHz / AMD FX-6300 Six-Core |
Memori: | 4 GB RAM | 6 GB RAM |
Grafik: | Nvidia GeForce GT 640 | AMD Radeon R9 270X / R7 265 2 GB / Nvidia GeForce GTX 660 2 GB |
DirectX: | Version 11 | |
Network: | Broadband Internet connection | |
Storan: | 40 GB available space | |
Sound Card: | DirectX 11 sound device |

@gamersantaimy
Discussion about this post