LEGO secara rasmi melancarkan set bertema Nintendo mereka yang seterusnya. Pada musim panas ini, anda akan dapat membina LEGO Nintendo Entertainment System anda sendiri! Wah betul menggamit memori dulu-dulu ni!
Pengumuman itu dibuat setelah LEGO membuat teased set di Twitter pada hari Isnin dengan Tweet “Are you ready to play like never before?” bersama dengan siluet set yang bersinar dibelakangnya. Pagi ini, secara rasmi set LEGO Nintendo Entertainment System itu ditayangkan secara rasmi dengan video.
Are you ready to play like never before? pic.twitter.com/XuNFD7rP0B
— LEGO (@LEGO_Group) July 13, 2020
Set itu merangkumi 2,646 keping LEGO secara keseluruhan. Termasuk dalam set ini adalah konsol Nintendo Entertainment System dengan alat kawalan, kartrij Super Mario Bros dan TV retro dengan permainan yang ditayangkan.
Konsol NES mempunyai perincian autentik dalam reka bentuk, seperti slot untuk Game Pak yang boleh dibina merangkumi fungsi penguncian yang realistik. TV retro tersebut mempunyai tempat pegang yang anda boleh gerakkan untuk membuat skrin bergerak kononnya ibarat dalam permainan Mario yang tengah leveling.
Bukan itu sahaja, set LEGO Nintendo Entertainment System direka untuk berinteraksi dengan set LEGO Super Mario yang dilancarkan secara berasingan akhir musim panas ini. Dengan meletakkan blok Mario di atas konsol, TV akan hidup untuk mengeluarkan suara, tidak memerlukan bateri.
Mungkin LEGO dan Nintendo melihat betapa popularnya set NES melalui program mencetusan Idea mereka, terutama kerana tahun ini adalah ulang tahun ke-35 konsol tersebut. Sekiranya anda dalam perancangan untuk mendapatkan set ini, anda pasti ingin mengetahui bahawa item ini akan dijual dengan harga $229.99 (anggaran RM985.00) dan penjualannya mulai 1 Ogos 2020.
Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai set ini dan cara membelinya dengan melayari laman web rasmi LEGO atau ianya akan keluar di store LEGO seluruh negara. Jadi apa pendapat anda mengenai set LEGO Nintendo Entertainment System ini? Menarik kan? Ibarat konsol lagenda ini kembali ke meja TV kita pula!
@gamersantaimy
Discussion about this post