Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sehingga Ultraman pun mereka ciplak! Syarikat China kena saman oleh Tsuburaya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Tokusatsu
0 0
0
Sehingga Ultraman pun mereka ciplak! Syarikat China kena saman oleh Tsuburaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat-syarikat China mempunyai sejarah yang panjang tentang masalah hak cipta. Daripada membuat GunPla hingga ke jenama pakaian, semua mereka sudah tawan.. Tapi siapalah sangka mereka sanggup menciplak Ultraman! Sebuah syarikat produksi yang berpusat di Guangzhou, bernama BlueArc, telah menghasilkan filem di mana Ultraman ialah watak jahat. Diberi nama “Dragon Force: So Long, Ultraman“, ia menampilkan ikon tokusatsu tersebut sebagai penjahat yang menentang robot China yang gagah berani.

Dragon Force: Ultraman So Long sebenarnya dikeluarkan pada tahun 2017 dan membawa pulang sebanyak $6.8 juta pada tahun yang sama. Semasa pembukaan filem itu, pemilik Ultra Series, Tsuburaya Productions, tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa:

“Syarikat kami tidak ada kaitan dengan filem ini” dan ” filem tersebut dibuat tanpa persetujuan atau pengawasan kami.”

Tsuburaya mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan ke atas BlueArc Animation, Le Vision Pictures, TIGA Entertainment, UM Corporation dan Chaiyo Productions di Amerika Syarikat untuk menentukan siapa yang memenangkan hak untuk Ultraman. Pada 20 November 2017, melalui keputusan pengadilan Los Angeles oleh hakim Andre Birotte Jr, Tsuburaya menangi kes tuntutan mahkamah terhadap syarikat di atas, lalu mengharamkan filem Dragon Force: So Long, Ultraman daripada ditayangkan di seluruh dunia.

Malangnya, syarikat BlueArc tetap berdegil dan memutuskan untuk mengeluarkan sekuel bernama Dragon Force: Rise of Ultraman pada tahun 2019, di mana ia menghasilkan lebih dari $2.5 juta dalam enam hari pertama. Sudah tentu Tsuburaya tidak akan berdiam diri dan tuntutan mahkamah baru bermula pada Januari 2019, di mana Blue Arc menyatakan bahawa mereka diberikan hak untuk menggunakan watak Ultraman. Sumber perselisihan ini berasal daripada seorang usahawan Thailand bernama Perasit Saengduenchai, yang telah lama mengaku dia diberi hak luar negara untuk Ultraman oleh penciptanya, Eiji Tsuburaya.

Pada 18 April 2018, mahkamah undang-undang telah mencapai keputusan dan menyatakan bahawa perselisihan dan dokumen yang dilampirkan dianggap tidak sah, lalu melarang UMC, Chaiyo Productions dan Blue Arc untuk menggunakan Ultra Series dan semua watak berkaitan serta harus membayar ganti rugi kepada Tsuburaya kerana melanggar hak cipta.

Filem itu sendiri telah banyak dibenci oleh peminat Ultraman di seluruh dunia, dengan ramai menyebutnya sebagai “Fake Ultraman“. Malah, peminat China pun tidak menyukai filem ini, menyebutnya sebagai “tiruan”. Filem ini tidak meraih pujian bagus, kerana kebanyakan pengkritik memberikan ulasan buruk kepada filem ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaDragon Force: Rise of UltramanDragon Force: Ultraman So LongfilemTsuburayaUltraman
Previous Post

Selamat tinggal Mixer! Ninja kini kembali stream di YouTube~

Next Post

“Kami gembira dapat melihat pengalaman pemain dalam perkhidmatan kami”- Ulasan Temu Ramah EKSKLUSIF bersama Ion Hazzikostas mengenai ekspansi World of Warcraft: Shadowlands!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Kami gembira dapat melihat pengalaman pemain dalam perkhidmatan kami”- Ulasan Temu Ramah EKSKLUSIF bersama Ion Hazzikostas mengenai ekspansi World of Warcraft: Shadowlands!

“Kami gembira dapat melihat pengalaman pemain dalam perkhidmatan kami”- Ulasan Temu Ramah EKSKLUSIF bersama Ion Hazzikostas mengenai ekspansi World of Warcraft: Shadowlands!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd