Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game The Sims menerima rancangan realiti TV di mana johan akan memenangi $100,000!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Game The Sims menerima rancangan realiti TV di mana johan akan memenangi $100,000!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts, dengan kerjasama Turner Sports ‘ELEAGUE dan BuzzFeed Multiplayer, telah mengumumkan The Sims Spark’d, sebuah siri pertandingan realiti TV baru yang berlangsung dalam permainan The Sims 4. Peserta akan diminta untuk menyelesaikan cabaran membina yang melibatkan “watak, dunia dan cerita yang paling unik” untuk peluang memenangi $100,000 (RM426,400). Siri yang berdurasi empat episod itu dijadualkan untuk keluar pada hujung bulan ini di TBS (saluran TV USA) dengan episod digital melalui BuzzFeed Multiplayer.

Bekas finalis American Idol Rayvon Owen, akan menjadi tuan rumah di rancangan The Sims Spark’d. Owen disertai oleh tiga hakim, Kelsey Impicciche daripada BuzzFeed Multiplayer, penyanyi dan penulis lagu Tayla Parx, dan pemaju permainan video Maxis Dave Miotke. Rancangan ini menampilkan 12 peserta, yang akan didedahkan sepenuhnya di episod pertama pada 17 Julai.

“Sejak permulaannya, The Sims menjadi pengalaman menarik yang membolehkan pemain untuk mencipta dan jalani kehidupan virtual mereka dalam permainan. Itulah yang membuatkan The Sims sangat istimewa. Kami meneruskan semangat inovatif itu, menyatukan komuniti untuk bersaing dan mempamerkan penceritaan dalam permainan di sebuah rancangan realiti dengan cara yang baru.” -kata Lyndsay Pearson, pengurus besar francais The Sims.

“ELEAGUE menjadi destinasi untuk kandungan permainan video premium dan The Sims Spark’d sesuai dengan fokus kami pada gaya hidup permainan dan pengaturcaraan budaya. Kami menantikan fasa seterusnya untuk kerjasama dengan EA ketika kami mempamerkan francais Sims yang popular di TBS.” -kata Craig Barry, Ketua Pegawai Kandungan, Turner Sports.

Are you looking for the local airtime for episode 1?✨ #TheSimsSparkd premieres on July 17 at 11:00 p.m. ET/PT on TBS and hits Buzzfeed Multiplayer on July 20 at 8:00 a.m. https://t.co/EDhIgeh7zo

— The Sims (@TheSims) July 8, 2020

The Sims Spark’d dijadualkan untuk memulakan debutnya pada 17 Julai manakala episod baru akan disiarkan pada setiap Jumaat berikut. BuzzFeed Multiplayer kemudian akan menstrim episod pada hari Isnin berikutnya selepas penayangan awal. Anda boleh melihat semua liputan kami tentang francais The Sims di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: rancangan realiti TVthe simsThe Sims Spark'd
Previous Post

Warbound Storm sebuah permainan RTS di Mobile terbaru oleh NetEase Games!

Next Post

Selamat tinggal Mixer! Ninja kini kembali stream di YouTube~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Selamat tinggal Mixer! Ninja kini kembali stream di YouTube~

Selamat tinggal Mixer! Ninja kini kembali stream di YouTube~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd