LifeAfter, permainan doomsday survival dari NetEase Games secara rasmi meriliskan peta terbaru mereka St. Rona bermula 28 Mei ini! Ketika berhadapan dengan bencana, Survivors yang selamat bersatu dan akhirnya mengamankan kediaman mereka setelah pertarungan yang meletihkan. Ini adalah lencana kehormatan bagi umat manusia. Inilah gambaran perjalanan Survivors yang terselamat melalui krisis.
Jangan pernah mengalah
Bagi memerangi krisis gunung api, Survivors yang selamat dalam persimpangan nasib dan membayar harga untuk kegagalan. Pada awalnya, bagi menstabilkan gunung berapi dan mengurangkan aktivitinya, Federation memutuskan untuk menggunakan temph penyeukan 24jam untuk menjatuhkan penstabil ke dalam crater nya. Untuk itu, para responden garis depan yang berani memulakan misi yang paling berbahaya, membawa harapan seluruh umat manusia bersama mereka. Parti sokongan mula mengalihkan bekalan dan mendirikan stesen perubatan sementara untuk menolong mangsa yang cedera.
Pada masa ini, gunung berapi meletus, memuntahkan lava di seberang daratan. Mereka yang terselamat enggan meninggalkan kawasan yang ditelan oleh magma dan mengubah taktik, memutuskan untuk membina tembok bagi mempertahankan kota yang terancam oleh lava yang menceroboh. Walaupun jatuh batu gunung berapi, api yang marak dan serangan akibat pembakaran yang dijangkiti, mangsa yang selamat tidak pernah mundur.
Tetapi nasib tidak selalunya baik. Dinding pertama yang dibina musnah disebabkan lava yang mengalir, habis semua yang dibina musnah. Anda tidak pernah tahu bertapa kuatnya anda sehingga menjadi kuat adalah satu-satu pilihan anda dan Survivors memang tidak pernah mengalah! Federation dengan pantas memutuskan untuk membina penghalang baru disepanjang gelung luar dan Survivors yang terselamat di seluruh negara bergegas menyumbang apa yang mereka ada. Berkumpul dan membantu untuk membina tebik yang baru dan lebih baik dengan berani melawan sebarang Infected yang menghalang mereka. Akhirnya, penghalang kedua naik menjelang subuh, berjaya menangkis lava! Setelah dua kegagalan, manusia akhirnya menguasai nasib mereka. Cahaya harapan terpancar sekali lagi.
Misi baru St. Rona Heralds
Ketika St. Rona dibuka, mangsa yang selamat akan menghadapi cabaran yang lebih besar. Letusan gunung berapi menyebabkan malapetaka yang tidak terkira banyaknya, menyebarkan magma dan hujan lava, menyebabkan rumah-rumah dan sumber-sumber berharga terperangkap. Di St. Rona, mangsa yang selamat perlu memadamkan kebakaran, menyelamatkan pelarian, menghindari batu yang jatuh dan menghancurkan tembok yang runtuh.
Lebih banyak rasa panik semakin meningkat di St Rona. Dengan Infected khas yang dijangkiti di tempat terbuka dan lebih banyak bersembunyi dalam bayang-bayang yang siap untuk beraksi, adakah mangsa yang terselamat dapat mengatasi yang tidak diketahui dan menyelamatkan St. Rona?
Apa sahaja masa depan menanti, kediaman Survivor selamat untuk sementara waktu. Api peradaban dipelihara, dan nasib manusia menghela nafas lega. Semua ini dapat dilakukan berkat usaha bersama semua mangsa yang masih hidup. Cabaran baru telah muncul. Tekan untuk esok yang lebih cerah. Manusia tidak akan pernah menyerah.
Selamatkan dunia dengan dunia!

@gamersantaimy
Discussion about this post