Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

All For One baru, Tomura Shigaraki! Pendedahan evolusi abiliti & penampilan baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
All For One baru, Tomura Shigaraki! Pendedahan evolusi abiliti & penampilan baru!
Share on FacebookShare on Twitter

AMARAN: Artikel ini mengandungi spoiler untuk My Hero Academia #273 oleh Kohei Horikoshi.

Sejak All For One masuk penjara, Tomura Shigaraki telah melipatgandakan kebolehan Quirk-nya.  Ia menjadi terlalu kuat sehingga Shigaraki dapat memusnahkan sebuah bandar semasa pertarungan League of Villains dan Meta Liberation Army. Dalam bab terkini, dia menghancurkan Hospital Jaku dan kawasan di sekitarnya setelah bangkit daripada eksperimen Garaki Kyūdai yang berusaha untuk meningkatkan lagi kekuatan Shigaraki. Setelah memiliki Quirk All For One yang asli, Shigaraki telah bangkit sepenuhnya, dan kini memakai kostum baru serta ingin menguji sejauh mana evolusi Quirk-nya.

Pada permulaan My Hero Academia #273, Midoriya Izuku dan rakan-rakanya berada di bandar berhampiran Hospital Jaku dan sedang berusaha untuk pindahkan orang ke kawasan yang selamat sambil mengelak gelombang kehancuran Shigaraki. Ketika Deku menyedari apa yang sedang terjadi, adegan beralih ke Shigaraki, yang berdiri di atas kawasan batu yang sebenarnya ialah tapak asal Hospital Jaku. Shigaraki kini memakai mantel milik X-Less. Sebagai Pro-Hero yang paling dekat dengan Shigaraki ketika penjahat itu bangkit, X-Less telah dibunuh oleh Quirk Shigaraki bernama Decay.

Shigaraki, yang sedang biasakan diri dengan kebolehan barunya, belajar bawaha dia kini memiliki kemampuan untuk “memilih bila untuk melancarkan Decay.” Ini bermaksud dia memiliki lebih banyak kawalan atas Quirk-nya yang sudah sangat hebat. Setelah menyedari hal ini, Shigaraki menghubungi Machia dan memintanya untuk membawa anggota Paranormal Liberation Front. Namun, Hero no.1 Endeavour tiba – setelah mengelak serangan awal Shigaraki – untuk melawan penjahat itu “1-by-1.”

Penambahan mantel yang koyak bersama rambut yang lebih putih telah mengubah penampilan Shigaraki kepada sesuatu yang lebih menakutkan. Disekalikan dengan evolusi kebolehannya, Shigaraki ialah ancaman terbesar dalam dunia My Hero Academia. Adakah Deku pun akan menerima “power-up“? Jauh sekali. Jalan cerita masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Nantikan pertarungan seterusnya antara Shigaraki dan Endeavour! Kemungkinan besar, ada watak penting yang akan terkorban.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: All For OneanimeDecaymangaMy Hero AcademiaQuirkShigaraki
Previous Post

Sairento VR, Brawlout, semuanya dalam senarai SCRYsoft untuk DAYS OF PLAY DEAL 2020!

Next Post

NEXON mengumumkan Dynasty Warriors 9 Mobile akan dikeluarkan untuk khayalak umum!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
NEXON mengumumkan Dynasty Warriors 9 Mobile akan dikeluarkan untuk khayalak umum!

NEXON mengumumkan Dynasty Warriors 9 Mobile akan dikeluarkan untuk khayalak umum!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd