Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mod untuk Sekiro: Shadows Die Twice membolehkan CO-OP & PVP di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
Mod untuk Sekiro: Shadows Die Twice membolehkan CO-OP & PVP di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah MOD Sekiro: Shadows Die Twice telah mula dibikin pada April 2020 dan akhirnya tersedia. Mereka yang memuat turun MOD Sekiro Online oleh LukeYui di NexusMods kini boleh bermain co-op atau PvP dengan pengguna PC lain. Ini bukan versi terakhir untuk MOD, jadi tidak semua ciri-ciri yang dirancang ada buat masa ini, tetapi versi beta menawarkan sedikit kehebatan MOD ini dengan sehingga enam pemain di dalam Sekiro pada satu masa yang sama.

Pada mulanya, MOD Sekiro Online hanya menyokong sehingga tiga pemain, tetapi ia telah meningkat untuk versi beta. Setiap orang yang memuat turun MOD Sekiro akan mendapat item Coward’s Bell, Cursed Emblem, Spirit Essence, dan Vengeful Spirit. Hos boleh memulakan sesi dengan Cursed Emblem untuk sambungan P2P. Hingga lima pemain lain boleh masuk dengan jemputan oleh hos atau gunakan Vengeful Spirit untuk menyerang pemain lain. Dengan Spirit Essence, anda membolehkan mengubah warna watak agar mudah dibezakan. Untuk mengakhiri sesi permainan, guna Coward’s Bell untuk keluar.

Berikut adalah video daripada LukeYui yang mendemonstrasikan MOD Sekiro Online:

Video ini pula melihat item yang berbeza dalam MOD Sekiro:

MOD ini dapat diggunakan dengan meletakkan fail berukuran 45kb ke folder “\steamapps\common\Sekiro“. Pautan MOD berada di bawah. Oleh kerana ini adalah beta, anda harus berwaspada pada BUG yang disenaraikan di bawah:

Antara BUG yang dikesan:

  • Pemain mungkin meluncur ketika mereka sertai, ini mungkin berlaku sekali untuk setiap pemain. Untuk memperbaikinya, pemain mesti menggunakan loceng untuk meninggalkan sesi, kemudian sertai semula.
  • Kadang-kadang, permainan mungkin terhenti ketika seseorang menyertai. Sila laporkan dengan Window Event Viewer kepada pemaju MOD agar dia memperbaikinya.
  • Dunia Sekiro tidak diselaraskan, jadi musuh yang mati mungkin akan hidup untuk pemain lain jika mereka sertai di tengah-tengah permainan.
  • Pemain tidak despawn ketika mati.
MUAT TURUN MOD DI SINI!!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: co-opModPCPvPSekiro OnlineSekiro: Shadows Die Twice
Previous Post

Epic Games Melancarkan Unreal Engine 4.25, Menawarkan Sokongan Platform Next-Gen!

Next Post

TOM CLANCYS RAINBOW SIX SIEGE mengumumkan Acara Waktu Terhad: THE GRAND LARCENY

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
TOM CLANCYS RAINBOW SIX SIEGE mengumumkan Acara Waktu Terhad: THE GRAND LARCENY

TOM CLANCYS RAINBOW SIX SIEGE mengumumkan Acara Waktu Terhad: THE GRAND LARCENY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd