Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Dr. Stone, BOICHI akan menghasilkan manga spinoff Portgas D. Ace daripada ONE PIECE!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Pencipta Dr. Stone, BOICHI akan menghasilkan manga spinoff Portgas D. Ace daripada ONE PIECE!
Share on FacebookShare on Twitter

Portgas D. Ace merupakan watak yang sangat disayangi oleh peminat One Piece, jadi berita yang saya akan dedahkan ini pasti mengembirakan orang ramai kerana lanun terkenal tersebut akan mendapat siri manganya sendiri yang dilukis oleh pencipta Dr. Stone, Boichi! Berita baru ini muncul di majalah One Piece dan mengesahkan bahawa Boichi akan melukis spin-off yang bakal menghidupkan kembali “Fire Fist” Ace … walaupun hanya seketika. Manga ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Boichi adalah artis yang ramai akan kenal kerana dia adalah pencipta kepada siri Dr. Stone dan Sun-Ken Rock. Dua siri manga yang sangat terkenal di seluruh dunia! Nasib baik, ini bukan kali pertama Boichi pernah melukis One Piece, jadi anda semua tidak perlu risau. Dia pernah melukis manga one-shot untuk One Piece pada tahun lepas dan ramai peminat suka dengan penambahan dan perubahan krew Straw Hat oleh Boichi.

Manga spin-off ini memfokuskan pada sejarah Ace, daripada saat dia meninggalkan East Blue sehingga kematiannya dan akan merangkumi semua peristiwa penting dalam hidup Ace. Berdasarkan One Piece Novel “A”, Shueisha mengumumkan barisan siri novel tentang kehidupan Ace ini pada April hingga Jun 2018. Sho Hinata (penulis asal novel) akan memantau jalan cerita manga, dan Boichi akan menghidupkan emosi tersebut dengan karya seninya yang hebat. Bersama Ryo Ishiyama yang membuat papan cerita untuk manga, sukar untuk membayangkan projek ini gagal.

Anda boleh melihat sinopsis One Piece Novel “A” di bawah:

“Mari ketahui sejarah penuh abang Luffy iaitu Portgas D. Ace dalam dua kisah menarik yang meneruskan pengembaraan laut ONE PIECE! Jilid ini mengandungi jalan cerita asal abang angkat Luffy, Ace, dan menceritakan tentang misinya untuk mencari harta karun legenda One Piece.”

Sumber – ANN

Tags: animeBoichimangaone piecePortgas D. Ace
Previous Post

BLACK CLOVER & KINGDOM Season 3 rasmi menyertai senarai anime yang ditangguhkan!

Next Post

Pendaftaran ujian beta tertutup BLUE PROTOCOL dibuka dan footage terbaru didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pendaftaran ujian beta tertutup BLUE PROTOCOL dibuka dan footage terbaru didedahkan!

Pendaftaran ujian beta tertutup BLUE PROTOCOL dibuka dan footage terbaru didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd