Dengan keluaran Final Fantasy VII Remake & Persona 5 Royal, ini memang adalah masa yang sibuk untuk remake JRPG popular. Hari ini, Trials of Mana oleh Square Enix boleh diperolehi sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC. Ayuh! Peminat tidak perlu tunggu lagi untuk menyelami dunia baru ini!
Remake Trials of Mana diumumkan bersama dengan judul Collection of Mana, dan merupakan penciptaan semula untuk Seiken Densetsu 3 dengan penambahan ciri-ciri grafik 3D moden. Selain itu, mereka menambah sokongan lakonan suara, mencipta semula soundtrack, menambah episod baru yang dapat anda mainkan selepas penamat jalan cerita utama, sistem “ability“, sistem “leveling” bagi watak, dan banyak lagi.
Cerita ini mengikuti sekumpulan pahlawan ketika mereka memulakan perjalanan untuk mengambil kembali Mana Sword legenda dan menghalang raksasa Benevodon daripada membuat malapetaka di dunia. Terdapat enam watak yang boleh dimainkan di dalam Trials of Mana, dan pada permulaan permainan, anda akan memilih salah satu daripada mereka untuk menjadi watak utama dan dua lagi sebagai watak sokongan, lalu menambah variasi kepada pengalaman keseluruhan anda.
Sekiranya RPG seperti ini yang menarik hati anda, sila dapatkan sekarang di PlayStation Store pada harga RM211 atau Steam pada harga RM199! Untuk pemilik Switch, boleh rujuk pengedar rasmi pilihan anda.
@gamersantaimy
Discussion about this post