Anda semua ingat lagi kan isu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggunakan DORAEMON sebagai contoh suara si isteri dalam kempen Wanita Cegah COVID-19? Hari ini, ada berita lagi tentang kucing biru ini kerana Bandai Namco dan Marvelous mengumumkan bahawa Doraemon: Story of Seasons, yang kini tersedia di Switch dan PC, akan dilancarkan untuk PS4 di Asia pada bulan Julai ini.
Game ini dibangunkan oleh Brownies dan mula-mula dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Jun 2019. Ia diikuti dengan pelepasan PC di Steam pada bulan Oktober 2019. Berikut adalah beberapa petikan oleh Kenji Nakajima daripada Bandai Namco tentang keluaran Doraemon: Story of Seasons ke PS4:
“Kami mendengar bahawa ramai orang juga ingin bermain di PS4, jadi kami memulakan pembangunan selepas pelancaran awal di seluruh dunia.”
“Kami juga mempertimbangkan kemas kini percuma untuk versi PS4 dan Switch.”
Hikaru Nakano daripada Marvelous menambah:
“Kami sedang berusaha keras untuk menghasilkan kisah selepas Story of Seasons: Friends of Mineral Town.”
Akhir sekali, Shohei Yamashita daripada Brownies berkata:
“Kami menemui beberapa rintangan apabila mengadaptasi permainan kepada perkakasan yang berbeza, tetapi rintangan besar, semu telah kami atasi.”
Bonus Hari Pertama
Bonus Hari Pertama adalah kod produk yang membolehkan anda mendapatkan item dalam permainan untuk pemain mengubah suai rumah mereka seperti “Noby’s Room Set“, dan “Special Seed Set” yang mengandungi 20 unit daripada 8 jenis tanaman berbeza.
Barangan dalam “Noby’s Room Set“:
- Futon Noby
- Meja Noby
- Kerusi Noby
- Rak buku Noby
- Lantai Bilik Noby
- Dinding Bilik Noby
Barangan dalam “Special Seeds Set“:
- Benih Strawberry
- Benih Kacang Hijau
- Benih Kentang
- Benih Jagung
- Benih Tomato
- Benih Terung
- Benih Lada
- Benih Kubis
Doraemon: Story of Seasons kini tersedia di seluruh dunia untuk Nintendo Switch dan PC manakala versi PlayStation 4 akan dilancarkan pada 30 Julai 2020. Untuk segala info tentang francais Doraemon, sila klik di sini. Untuk lihat gameplay kami, tonton video di bawah:

@gamersantaimy
Discussion about this post