Developer Riot Games telah mengesahkan bahawa versi konsol dan mobile untuk game multiplayer shooter Valorant mungkin akan berlaku. Dalam sebuah temuramah bersama The Express Online, pengarah permainan Valorant, Joe Ziegler mendedahkan yang pasukan pembangunan sedang “menjelajah pelantar lain seperti konsol dan mobile.” Namun, Ziegler juga mengatakan bahawa “pasukan kini bekerja keras untuk memberikan pengalaman terbaik di PC“. Jadi ia mungkin ambil masa yang agak lama sebelum Valorant tersedia di pelantar selain daripada PC.
Valorant kini berada dalam versi beta tertutup dan Riot Games mengatakan mereka ingin menyelesaikan isu-isu besar dengan permainan sebelum melancarkan Valorant di PC sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Pembangunan pada versi konsol dan mobile hanya akan melambatkan pembangunan Valorant di versi PC.
Riot Games juga mempunyai beberapa masalah di server Valorant kerana terdapat permintaan besar untuk game barunya. Pembangun telah memberikan kod kepada beta tertutup Valorant di Twitch, dan ia berjaya mendapat berjuta-juta penonton di laman siaran langsung tersebut sehingga pasukan harus meningkatkan kapasiti server sebanyak 25% sejak dilancarkan.
Sehingga itu, anda boleh mencari “Valorant” di Twitch dan melihat gameplay nya di situ dahulu.

@gamersantaimy
Discussion about this post