Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox One X edisi Cyberpunk 2077 akhirnya diumumkan! Bakal keluar JUN 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2020
in Artikel, Berita, Teknologi, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox One X edisi Cyberpunk 2077 akhirnya diumumkan! Bakal keluar JUN 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan membuat peminat tertanya, akhirnya Xbox One X edisi Cyberpunk 2077 telah didedahkan secara rasmi. Ini adalah versi eksklusif konsol yang bertema sepenuhnya sempena game, daripada konsol hingga ke controller. Siapa yang membeli bundle ini juga akan menerima kod muat turun untuk salinan digital Cyberpunk 2077 yang dapat digunakan untuk selepas keluarannya pada September 2020. Bundle ini akan mula dijual pada bulan Jun 2020 dan seperti yang anda semua jangka, ia sangat terhad.

Sebelum saya terangkan lagi tentang konsol istimewa ini, mari kita cakap tentang controller Xbox One edisi Cyberpunk 2077 yang boleh diperolehi sekarang. Peminat boleh beli controller ini sekarang di Microsoft Store pada harga $74.99 (anggaran RM329.38). Ini dihasilkan dengan rekaan Keanu “Johnny Silverhand” Reeves. Antara ciri-ciri lain ialah jek headset 3.5mm, fungsi Bluetooth, dan “button mapping“.

Sekarang mari kita bercakap tentang konsol pula! Sebuah video telah dikeluarkan oleh Xbox yang menerangkan banyak maklumat tentang Xbox One X Cyberpunk 2077. Video ini bermula dengan seni glow-in-the-dark di konsol edisi Cyberpunk 2077, dan kemudian beralih ke ciri-ciri lain seperti ukiran laser dan LED. Ia juga melihat beberapa kesan perubahan warna yang terdapat pada sistem. Namun, seperti yang dinyatakan oleh CD Projekt Red, masih ada banyak rahsia yang terkandung dalam sistem ini. Mereka akan terangkan lebih tentang rahsia ini pada tarikh lanjut.

Cyberpunk 2077 akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada 17 September 2020. Inilah tarikh rasmi selepas ditangguhkan. Versi Google Stadia juga dijangka akan membuat debut pada tahun 2020 yang sama tetapi butirannya masih belum diberitahu. Selain itu, pemilik Cyberpunk 2077 untuk versi Xbox One juga dihadiahkan dengan upgrade percuma di Xbox Series X. Jadi anda tidak perlu membeli Cyberpunk 2077 untuk dua sistem permainan berbeza.

Tags: CD Projekt RedControllerCyberpunk 2077Microsoft StoreXbox One X
Previous Post

Beraksi dengan pelbagai gaya? Ini ulasan kami untuk Closed Beta Guilty Gear -Strive-!

Next Post

Boruto ialah anime terbaru untuk ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Boruto ialah anime terbaru untuk ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!

Boruto ialah anime terbaru untuk ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd