Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ribut Salji bakal melanda VIKENDI dalam Mod ARTIK terbaru PUBG MOBILE!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile
0 0
0
Ribut Salji bakal melanda VIKENDI dalam Mod ARTIK terbaru PUBG MOBILE!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai esok, para pemain perlu mencari hidangan ayam untuk terus hidup dalam Mod Artik terbaru PUBG Mobile, permainan mudah alih paling popular di dunia. Kemunculan Mod Artik adalah sebahagian daripada pilihan mod permainan EvoGround, kemas kini kandungan percuma terbaru bagi PUBG Mobile dalam App Store dan Google Play.

Berlatarbelakangkan landskap Vikendi yang sejuk, beku dan terbiar sepi, Mod Artik mencabar para pemain untuk mengekalkan suhu badan avatar mereka dengan pelbagai cara bagi mengharungi ribut salji yang melanda. Para pemain perlu bekerjasama bagi memastikan suhu badan mereka kekal tinggi, apabila suhu badan masing-masing turun secara beransur-ansur dan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan. Selain mengharungi ribut salji, para pemain juga perlu mempertahankan diri mereka daripada serangan musuh, menggunakan taktik masing-masing untuk bertahan di medan pertempuran. Para pemain boleh mengekalkan suhu badan mereka dengan cara berikut:

  • Menggunakan pemetik api untuk membuat unggun api di dalam bangunan, dan kemudiannya mencari dahan-dahan pokok bagi memastikan api terus menyala.
  • Memburu ayam hutan, mengumpul dan memasak daging ayam berkenaan untuk dijadikan makanan dan meningkatkan semula suhu badan.
  • Gunakan sumber-sumber seperti pemanas dan pek kesihatan.

Stick together and survive! 🌡️

Cold Front Survival drops on 4/16! #PUBGM #PUBGMOBILE pic.twitter.com/bxYSNEMGIH

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 15, 2020

Sebagai tambahan kepada mod permainan baru ini, papan luncur salji daripada Festival Musim Sejuk PUBG Mobile yang disukai ramai akan muncul, membolehkan pemain meluncur di atas salji. Pada masa sama, dron kawalan jauh turut diperkenalkan, membolehkan pemain mengemudi dan meninjau kawasan sekitar bagi mendapatkan kelebihan taktikal.

Kemas kini kandungan Mod Artik tiba selepas perayaan Ulang Tahun Kedua PUBG Mobile, di mana para pemain boleh menyertai pelbagai acara dan cabaran dalam permainan yang disediakan. PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: AndroidiOSMod Artikpubg mobileUpdatevikendi
Previous Post

Pre-Order XCOM: Chimera Squad hanya RM29.50 sekarang di STEAM!

Next Post

Game RPG Fairy Tail menampilkan ULTEAR, LYON, FLARE & MINERVA sebagai watak sokongan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Game RPG Fairy Tail menampilkan ULTEAR, LYON, FLARE & MINERVA sebagai watak sokongan!

Game RPG Fairy Tail menampilkan ULTEAR, LYON, FLARE & MINERVA sebagai watak sokongan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd