Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony rasmi mengumumkan controller PlayStation 5 bernama DualSense! Info penuh dan spesifikasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Produk, PS5
0 0
0
Sony rasmi mengumumkan controller PlayStation 5 bernama DualSense! Info penuh dan spesifikasi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu pengumuman yang mengejutkan, Sony telah mendedahkan controller PlayStation 5, yang bernama DualSense. Reka bentuk controller PS5 DualSense berkongsi banyak persamaan dengan controller PlayStation DualShock yang lalu, sambil memajukan teknologi ke hadapan.

Perkara pertama yang peminat PS akan nampak ialah DualSense mempunyai skema dua warna. Secara tradisi, Sony memilih reka bentuk “all-black” yang kemas, tetapi DualSense kelihatan lebih menarik. Skema warna hitam putih ini juga boleh jadi petunjuk kepada reka bentuk konsol PS5 yang sebenar. Ini adalah peluang Sony untuk menjadi lebih menonjol dengan reka bentuk yang lebih menarik.

Ciri-ciri yang disahkan untuk DualSense termasuk haptic feedback dan force trigger, yang memberikan permainan rasa yang lebih realistik daripada biasa. Sony juga telah mengubah butang Share kepada butang Create, yang menunjukkan bahawa PS5 akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk berkongsi klip dan screenshot. Malangnya, Sony masih belum mendedahkan fungsi keseluruhan butang Create.

Penambahan utama lain untuk controller PS5 DualSense termasuk “built-in” mikrofon terbina supaya pemain dapat berkomunikasi dalam parti dan game chat tanpa tambahan aksesori. Kualiti mikrofon pun tidak didedahkan dan ramai yang syak wasangka. Sebab utama kita pakai headset adalah kerana kita tidak ingin suara pecah, atau gangguan lain. Mungkinkah kualiti teknologi sangat tinggi sehingga memberi kualiti yang bagus?

DualSense juga mengalihkan light bar ke bahagian atas controller dan membahagikannya ke dua bahagian lain di sisi touchpad. Ini mungkin menjadi niat Sony untuk menghantar maklumat dengan lebih cepat PlayStation 5, memandangkan banyak permainan menggunakan light bar untuk memaparkan maklumat atau info (Destiny 2 menggunakannya untuk menunjukkan meter Super penuh). Lebih masuk akal kerana reka bentuk ini menjadikkannya lebih jelas nampak.

Tidak syak lagi controller DualSense akan mengubah dunia gaming. Sesetengah akan menyukai perubahan yang dibawa ke era PS5 sementara yang lain mungkin tertanya-tanya mengapa Sony memilih untuk mengubah beberapa perkara selepas mengikuti tema yang ramai kenal selama ini. Apa yang kita boleh buat ialah tunggu apabila Sony menampilkan konsol PS5 secara rasmi.

Tags: ControllerDualSenseKonsolnext genplaystationplaystation 5ps5Sony
Previous Post

Final Beta Shadow Arena telah dibuka untuk pendaftaran. Beta akan bermula 17 April ini!

Next Post

Facebook Gaming membuka akses awal untuk feature Tournaments!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Facebook Gaming membuka akses awal untuk feature Tournaments!

Facebook Gaming membuka akses awal untuk feature Tournaments!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd