Fuhh~ Game browser yang sangat memberi kenangan kepada aku. Siapa tahu game Neopets ni, konfirm korang dah tua la. Takde la tua mana, aku yang 25 ni pon tahu pasal game ni. hehehehe. Aku ingat lagi, berjam-jam aku habiskan masa aku untuk farm Neopoints. Korang percaya tak yang site Neopets ni masih lagi ada. RIP kepada Club Penguin, sebab website tu dah pun di tutup.
Jadi, dengar-dengar yang Neopets nak buat comeback, tapi kali ini dekat peranti mudah alih korang, senang cerita, phone korang lah. Tapi, yang sedihnya, tak sama seperti Neopets yang kita main masa dulu-dulu. Neopets kali ini dia macam main Scrabble, ada puzzle.
Tetapi, berita baiknya, masih ada lagi elemen Neopets yang dulu, di mana, korang boleh customize Neopets korang macam tukar baju ke, tukar accessories dia ke. CEO Neopets, David Lord mengatakan yang kali ini Neopets lebih kepada campuran Lore Neopets, mekanik puzzle game, dan berlawan dan sudah pasti, Scrabble!
Dikatakan ianya akan dilancarkan pada bulan Oktober pada tahun ini dan ianya akan dikeluarkan untuk kedua-dua OS, iaitu Android dan juga iOS. Dan, aku sangat berharap yang game ni keluar secepat yang mungkin. Ya Rabbi, sambil aku menulis ni, bercucuran air mata aku sebab duk teringat aku kena marah dengan arwah abah aku, sebab duk layan game ni berjam-jam.
@gamersantaimy
Discussion about this post