Kehangatan game percuma masih belum berakhir gais! Dengan Tomb Raider esok boleh dimuat turun percuma, beberapa permainan di Ubisoft turut boleh dimainkan percuma, kali ini Epic Games turut mengeluarkan dua permainan percuma yang boleh dimuat turun sekarang sehingga 6 Mac 2020 ini! Permainan yang dimaksudkan adalah~ Watch Dogs dan The Stanley Parable.
Watch Dogs
Ubisoft mendedahkan Watch Dogs pada tahun 2012 di acara E3, dengan pelepasan hanya dua tahun kemudian pada 2014. Ia meletakkan anda sebagai penggodam yang telah menguasai bagaimana untuk mengawal hampir setiap bahagian infrastruktur di kota fiksyen Chicago. Walaupun ia terperangkap dalam kontroversi semasa pelancaran, ia mendapat ulasan yang baik untuk permainannya kemudian.
Sebagai Aiden Pearce, penggodam yang cemerlang, menjadikan Chicago menjadi senjata utama dalam usaha anda untuk membalas dendam. Tetapi apa yang berlaku apabila usaha peribadi anda bertembung dengan seluruh bandar?
The Stanley Parable
The Stanley Parable pada asalnya dikeluarkan sebagai Mod Half-Life 2 pada tahun 2011, menerima pembuatan semula yang berdiri sendiri pada 2013 melalui Greenlight Steam. Ia adalah drama interaktif yang sering digambarkan sebagai simulator berjalan.
The Stanley Parable adalah permainan eksplorasi orang pertama. Anda akan bermain sebagai Stanley dan anda tidak akan bermain sebagai Stanley. Anda akan mengikuti cerita, anda tidak akan mengikuti cerita. Anda akan mempunyai pilihan, anda tidak akan mempunyai pilihan.
Bagi yang tertanya-tanya berapa besar agaknya spesifikasi yang diperlukan untuk kedua permainan ini… Anda boleh lihat jauddualnya dibawah;
Watch Dogs | The Stanley Parable |
---|---|
Windows
|
Windows
|
Jadi apa lagi yang korang semua nantikan? Muat turun sekarang di Epic Game Store untuk permainan Watch Dogs dan The Stanley Parable!
@gamersantaimy
Discussion about this post