Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reka bentuk baru untuk watak-watak kegemaran kami di anime baru “DIGIMON ADVENTURE:”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Reka bentuk baru untuk watak-watak kegemaran kami di anime baru “DIGIMON ADVENTURE:”!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime baru Digimon akan memulakan tayangan pada 5 April. Dengan itu, reka bentuk baru untuk watak Digi-Destined telah didedahkan! Anime baru ini akan menceritakan semula kisah protagonis muda kami yang tersesat di dunia digital. Di sini, mereka akan berganding bahu dengan beberapa raksasa digital dan meneruskan misi untuk menyelamatkan dunia digital dan dunia sebenar!

Digi-Destined adalah sekumpulan kanak-kanak remaja, setiap satu dengan rakan raksasa digital yang mengiringi mereka dalam perjalanan. Tidak menghairankan, watak-watak yang akan muncul dalam reboot hampir sama dengan versi sebelumnya. Mimi dan Joe secara khusus mempunyai imej yang sama dengan penampilan asal mereka dalam anime. Yang berbeza adalah pakaian Digi-Destined diberi penampilan baru yang lebih “terkini”. Setiap Digimon pula masih mengekalkan imej asalnya.

AIR_News01 berkongsi rekaan baru melalui twitter, dan mempamerkan reka bentuk baru:

“Digimon Adventure:” TV anime cast and character designed revealed. It will have its broadcast premiere April 5th on Fuji TV; 9AM JST Sundays.
PV (eng sub): https://t.co/wafIIbZn8u
Website: https://t.co/MiQopexUrg pic.twitter.com/hKrQCm9uly

— A.I.R (Anime Intelligence (and) Research) (@AIR_News01) March 16, 2020

Walaupun reka bentuk watak hampir sama, amat jelas bahawa latar belakang dan persekitaran anime reboot ini memberi perubahan yang dikemaskini seperti estetik dalam siri permainan video Digimon: Cyber ​​Sleuth. Daripada mempunyai latar belakang yang kelihatan seperti dunia sebenar, Digi-Destined kini mendapati diri mereka dalam dunia maya yang dikelilingi oleh kod.

Siri anime Digimon Adventure asal mungkin telah tamat, tetapi diteruskan melalui beberapa siri filem yang mengikuti Digi-Destined dan Digimon mereka dalam perjalanan untu menjadi dewasa. Digimon: Last Evolution Kizuna akan tiba di teater Malaysia pada 16 April 2020. Jadi simpan tarikh ini untuk menonton pengembaraan terakhir Taichi dan Agumon versi dewasa.

Tags: animedigimonDigimon AdventureLAST EVOLUTION KIZUNAreka bentuk baru
Previous Post

Pelanggan PS PLUS! Main Monster Hunter: World secara PERCUMA bermula hari ini hingga 21 April 2020!

Next Post

Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!

Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd