Square Enix telah mendedahkan beberapa info baru FINAL FANTASY VII REMAKE yang menunjukkan peminat kepada lokasi-lokasi kegemaran seperti Wall Market dan Honeybee Inn. Selain itu, kebolehan Barret dalam pertempuran juga dijelaskan lagi serta menampilkan beberapa materia istimewa.
Pertama sekali, kita akan melihat watak-watak baru dalam permainan, bermula dengan:
- Tseng
- Pemimpin Turks.
- Don Corneo
- Ketua sebenar Wall Market.
- Andrea Rhodea
- Pemilik dan penari di Honeybee Inn.
- Leslie Kyle
- Konco Don Corneo yang muda.
- Madam M
- Pemilik parlor di Wall Market.
- Chocobo Sam
- Penjaga Chocobo di Wall Market. Juga menjalankan perkhidmatan penghantaran bernama Sam’s Delivery.
Barret dalam Pertempuran
Lengan pistolnya menjadikannya Barret pahlawan jarak jauh yang ideal. Tekan butang segi empat, dan Barret akan menembakkan “machine gun“. Anda juga boleh menahan lama butang segi empat untuk kombo. Sekiranya anda menekan butang segitiga, anda boleh menggunakan serangan “Overcharge“. Ia bukan sahaja lebih kuat daripada tembakan biasa, ia memenuhi sebahagian besar gauge ATB.
Wall Market
Wall Market merupakan kawasan hiburan terbesar dan paling terkenal di Midgar. Ia diuruskan oleh Don Corneo dan hampir sepenuhnya bebas daripada pengaruh Shinra.
Corneo Colosseum
Terletak di bawah Wall Market, Corneo Colosseum memberikan peluang kepada pahlawan berani untuk bertarung dengan manusia dan raksasa. Pemenang akan menerima ganjaran yang unik.
The Honeybee Inn
Terletak di Wall Market, Honeybee Inn adalah kelab malam terkenal. Pada satu adegan dalam jalan cerita, Tifa dan Aerith menyelinap masuk ke rumah Don Corneo. Cloud harus berpakaian seperti perempuan agar identitinya pun tidak didedahkan. Watak-watak lain juga mempunyai kostum!
Beginner’s Hall
Lokasi di mana anda boleh mempelajari asas-asas weapon enhancement. Terdapat sebuah kedai senjata di tingkat bawah. Tingkat kedua digunakan sebagai asas operasi.
Feature baru: Jukebox
Semasa anda meneroka di sekitar bandar, anda boleh mencari kawasan yang boleh bermain muzik khas. Anda boleh mendapatkan lagu-lagu ini sebagai cakera muzik daripada kedai atau NPC. Apabila anda memperolehi cakera, ikon akan muncul di bahagian atas kiri skrin. Setelah dikumpulkan, anda boleh memainkan cakera pada mana-mana jukebox.
Summon: Leviathan
Summon adalah jenis Materia yang sangat kuat. Lengkapkan satu kepada karakter, dan mereka dapat membawa sekutu yang kuat ke dalam pertarungan. Berikut adalah Summon baru- Leviathan! Disembah sebagai dewa di rantau Wutai, summon non-elemental ini mengambil bentuk naga air.
@gamersantaimy
Discussion about this post