PlayerUnknown’s Battlegrounds akan menerima senjata paling besar pernah ada. Dalam patch 6.3 akan datang, PUBG Corp akan menambah bazooka Panzerfaust ke Karakin, peta terkecil dalam permainan. Bersama dengan Panzerfaust, patch baru ini juga masukkan perubahan keseimbangan untuk membantu beberapa senjata lemah dalam permainan. Pasti ramai yang rasa update ini sangat diperlukan, betul?
Panzerfaust boleh mencederakan musuh dan menghancurkan infrastruktur dalam satu kawasan yang luas. Seperti yang kita main di PUBG Mobile, Panzerfaust hanya boleh tembak sekali sebelum pemain harus mengisi semula peluru, tetapi ia boleh memusnahkan dinding-dinding tertentu di Karakin, seperti C4. Untuk meyakinkan anda bahawa senjata ini sangat bahaya, ia juga melepaskan letupan kecil daripada arah belakang bontot. Ini bermakna bahawa mana-mana rakan sepasukan yang berdiri di belakang anda boleh dicederakan jika tidak hati-hati. Buat masa ini, Panzerfaust hanya boleh didapati di Karakin.
Bagi senjata PUBG lain, patch ini menumpukan perhatian kepada UMP-45, M249, dan Tommy Gun. UMP-45 menerima peningkatan damage yang sangat diperlukan, serta peningkatan pada “fire rate“. M249, yang sebelum ini hanya terdapat dalam Care Package, kini boleh didapati sebagai loot biasa di sekitar Erangel dan Miramar. Bukanlah semua berita gembira untuk M249. Walaupun ia lebih mudah untuk dijumpai, nilai “damage” nya telah diturunkan. Akhirnya, PUBG Corp telah memberikan Tommy Gun keupayaan untuk memakai “red dot” dan “holographic sight“, yang sepatutnya menjadikan senapang ini lebih mudah untuk menembak.
Patch 6.3 boleh didapati di PUBG Test Server sekarang, dan akan dikeluarkan pada live server sebaik sahaja PUBG Corp merasakan patch ini sudah siap. Untuk info penuh Patch 6.3, anda boleh semak patch note di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post