Kali terakhir pendedahannya Oktober tahun lalu, juga pengumumannya di E3 2018, hari ini EA secara rasmi mengumumkan tarikh pengeluaran rasmi Command & Conquer Remastered Collection di PC.
Command & Conquer Remastered Collection akan secara rasmi hadir musim panas ini iaitu 5 Jun 2020 ini di PC. Koleksi ini akan terdapat Command & Conquer: Tiberian Dawn, Command & Conquer: Red Alert dan 3 pek ekspensi Covert Ops, Counterstrike dan The Aftermat! Selain itu, bundle ini akan terdapat bukan sahaja di platform EA Origins, tetapi juga di Steam!
Kesemua permainan didalam koleksi bundle ini telah dihasilkan semula dalam visual 4K dan akanterdapat juga kandungan yang diinginkan dari komuniti dan antaranya adalah UI, Map Editor dan skema pengawalan yang terbaru!
Pasukan kamu telah bekerja dari tangan ke tangan bersama komuniti C&C dari hari pertama dan kami berharap agar dialog halimunan ini akan memberi keputusan yang baik pada peminat Command & Conquer Remastered Collection”
“Kami mengambik gameplay klasik yang dibawa ke era baru dalam genre RTS dan menambah ciri-ciri yang dikehendaki peminat seperti mod Skirmish untuk Tiberian Dawn, penambaikan QC dan integrasi penuh Steam bersama sokongan UGC. Bagi saya sendiri, menjadi seorang peminat C&C sejak tahun 1995 dan berusia 12 tahun, bekerja bersama pasukan Westwood Studio di Petroglyph ibarat mimpi menjadi kenyataan.”
-JimVessella – EA Lead Producer
Pre-order Command & Conquer Remastered Collection juga kini telah dibuka dan permainan dalam tiga lelaran berasingan. Harganya adalah RM79.00 sahaja yang akan ada kesemua permainan yang disebutkan diatas! Melalui Limited Run Games, akan terdapat Edisi Special dan Edisi Collector yang akan dibuka untuk jualan. Kedua-dua versi itu akan berharga $59.99 (anggaran RM255) dan $149.99 (anggaran RM636.00) dan akan termasuk barangan tambahan seperti USB drive Tiberium Crystal, soundtrack remastered, poster, sticker sheet dan empat enemel pins. Manakala untuk edisi Collectors sahaja, pembeli akan mendapat soundtrack yang berautograf komposernya Frank Klepacki, art book, beanie dan replica metal mammoth tank juga barangan yang lain.
Okay anda boleh lihat treler terbaru Command & Conquer Remastered Collection dibawah ini;
@gamersantaimy
Discussion about this post