Dengan pelancaran pertama yang dikeluarkan oleh KONAMI pada 21 Julai 1995 untuk permainan J.League Jikkyou Winning Eleven di Jepun, hari ini KONAMI telah mengumumkan butiran pertama sempena kempen acara ulangtahun ke-25 ini untuk permainan popular secara global iaitu eFootball PES.
Untuk memulakan kempen ini, KONAMI memperkenalkan “Iconic Moment Series“, satu sambutan yang berterusan bagi detik-detik yang tidak dapat dilupakan dihasilkan oleh bintang bola sepak masa lalu dan sekarang. Setiap pemain Iconic Moment Series akan memperingati kemuncak khusus kerjaya mereka, dengan kad pemain memaparkan imej sebenar dari perlawanan dan statistik untuk mencerminkan tempoh itu. Di samping itu, setiap pemain Iconic Moment Series atau Legenda akan bergabung dengan pasukan tertentu, dengan rangsangan statistik tersedia jika anda sepadan dengan pemain atau Legend dengan pasukan myClub yang anda pilih.
Mulai hari ini, KONAMI dengan sukacitanya melancarkan pada semua pemain ePootball PES 2020 dengan versi Iconic Moment Series Legend of Maradona, yang memperingati penampilannya di Piala Dunia 1983 untuk FC Barcelona.
Memberi hadiah sempena ulangtahun ini kepada pemain, Iconic Moment Series Legends yang berikut juga akan tersedia melalui kempen dalam permainan mulai hari ini:
- Oliver Kahn (FC Bayern) – Iconic Match: 09/02/2002
- Karl-Heinz Rummenigge (FC Bayern) – Iconic Match: 13/06/1981
- Giovane Élber (FC Bayern) – Iconic Match: 17/05/2003
- Carles Puyol (FC Barcelona) – Iconic Match: 17/05/2006
- Xavi (FC Barcelona) – Iconic Match: 27/05/2009
- Andres Iniesta (FC Barcelona) – Iconic Match: 06/05/2009
Kempen ulangtahun ke-25 ini diteruskan dengan tambahan pengeluaran dalam permainan serta pengumuman tambahan sepanjang tahun, bertujuan untuk menggembirakan veteran francais dan pemain baru dari seluruh dunia. Lebih menarik sebagai tambahan, Data Pack 5 untuk eFootball PES 2020 kini boleh dimuat turun secara percuma di PlayStation 4, Xbox One dan PC STEAM.
Data Pack 5 mempunyai lebih daripada 30 muka pemain baru dan dikemas kini, terus mendorong sempadan untuk permainan simulasi bola sepak paling realistik yang tersedia hari ini. Pemain terkenal termasuk – Reece James, Brandon Williams, Giovanni Di Lorenzo, Todd Cantwell dan Achraf Hakimi akan tersedia!
Selain itu, KONAMI turut menyertai FC Bayern sempena menyambut ulangtahun ke-120 mereka dimana strip ulangtahun kini tersedia dalam permainan via Data Pack 5.0. Akhirnya, kemas kini hari ini juga melaksanakan sejumlah perbaikan bug berikutan maklum balas daripada komuniti yang kebanyakannya berasal dari saluran Facebook rasmi pasukan pembangunan PES.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Data Pack 5.0 termasuk senarai penuh Iconic Moment Series Legends, anda boleh terus ke laman web rasmi KONAMI eFootball PES 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post