Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MARVEL Future Revolution ialah game mobile open-world MMORPG terbaru daripada Netmarble & MARVEL Games!

Diumumkan di PAX East 2020.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
MARVEL Future Revolution ialah game mobile open-world MMORPG terbaru daripada Netmarble & MARVEL Games!
Share on FacebookShare on Twitter

Kolaborasi terbaru Netmarble dan MARVEL Games iaitu MARVEL Future Revolution secara rasminya diumumkan hari ini semasa MARVEL Mystery Panel di PAX East 2020. MARVEL Future Revolution adalah mobile open-world MMORPG yang kelihatan sangat mengagumkan dan dibintangi oleh wira-wira kegemaran kami sedunia. Bersama pengumuman ini, terdapat beberapa maklumat lain mengenai wira yang pemain boleh mainkan dan juga penjahat yang akan mereka bertarung.

Spider-Man, Doctor Strange, Captain America, dan Captain Marvel semuanya boleh dimainkan. Jika gameplay adalah seperti di dalam video, setiap wira mempunyai kemahiran unik dan gaya pertempuran mereka yang tersendiri, dan ini mungkin akan menggantikan kelas RPG biasa seperti warrior, mage, dan lain-lain.

Beberapa penjahat yang pemain harus tewaskan termasuk Red Skull, Yellowjacket, Baron Mordo, M.O.D.O.K, Green Goblin, dan Red Goblin. Lebih banyak wira dan penjahat pasti akan ditambah pada bulan-bulan akan datang.

Kami juga mendapat pandangan pertama untuk beberapa persekitaran dalam permainan. Ia mempunyai Hub Cluster, Chosen Valley, dan Great Desert of Sakaar. Saya amat gembira melihat pasukan pembangunan bereksperimen dengan kawasan berbeza berbanding satu dunia yang luas.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai MARVEL Future Revolution, tetapi peminat boleh layari laman rasmi mereka untuk ketahui lebih.

Tags: MarvelMARVEL Future RevolutionMarvel GamesmmorpgMobileNetmarble
Previous Post

Lebih maklumat mengenai Dead by Daylight Mobile yang akan hadir di Asia termasuk Malaysia!

Next Post

Marvel dan Tsuburaya berkolaborasi untuk komik terbaru ULTRAMAN!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Marvel dan Tsuburaya berkolaborasi untuk komik terbaru ULTRAMAN!

Marvel dan Tsuburaya berkolaborasi untuk komik terbaru ULTRAMAN!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd