Secara rasmi siri Dreams Universe hadir dengan kreativiti dan imaginasi hari ini! Merupakan sebuah permainan Media Molecule dan Sony sendiri, Dreams memberi kita sebagai pemain untuk mencipta sendiri watak atau permainan yang kita inginkan! Seperti Dreams tahun lalu, kami turut mencuba membuat permainan sendiri sambil melawati dunia orang lain, ada juga kami pernah kongsikan pemain Dreams yang mencipta watak Metal Gear Solid dan banyak lagi lah!
Kali ini eksklusif di PlayStation 4 hadir pada 14 Februari 2020, anda boleh bersedia untuk berada dialam Dreams dan ini adalah apa yang anda patut tahu sebelum anda memulakan permainan ini. Tapi sebelum itu jom lihat trailer rasmi Dreams Universe;
Jadi sekali lagi, apa sebenarnya Dreams ini? Alat penciptaan kandungan bukan sesuatu yang luar biasa dalam industri moden, tetapi Dreams beroperasi pada apa yang anda boleh panggil dunia yang berbeza. Ini adalah cara membuat pelbagai jenis permainan, jadi ia ibarat enjin permainan, tetapi bukan hanya untuk membuat permainan, ia dimaksudkan supaya anda dapat membuat sesuatu yang simple mengikut imaginasi anda, atau anda boleh menyelam jauh kedalam dengan mencipta permainan anda sendiri.
Andai kata anda tiada idea, anda kebuntuan, tidak perlu risau! Anda boleh meneroka dunia Dreams pemain lain sambil bermain di laman permainan mereka atau hanya ambil inpirasi untuk penciptaan anda. Sebagai contoh disini anda boleh mencipta pelbagai benda! Mungkin hanya rumah anda bersama watak anda, atau membuat sesuatu yang lebih beraksi. Dibawah ini terdapat beberapa contoh yang dilakukan pemain Dreams yang lain;
I have now published my "Full Beech Breakfast" in #MadeInDreams for all to have a closer look at! 🙂https://t.co/ruf1FQiKb0 pic.twitter.com/pJyxGHaej0
— John BeechCorp (@Johnee_B) January 2, 2020
Nampak betul-betul realistik kan? Ibarat menggunakan aplikasi 3D untuk menciptanya, tetapi sebaliknya di Dreams. Rasa iri hati dengan hasil ini? Tutorial sentiasa ada. Bersama toolset yang boleh digunakan, kesemuanya senang untuk kita belajar terutama pada pemain baru. Tutorial mengambil pemain baru melalui setiap aspek penciptaan, dari alatan dan teknik individu, untuk menetapkan keping dan contoh yang memulakan idea paling menarik.
Bosan sesuatu tanpa audio? Sangat mudah denganmenyamai keseronokan Dreams bersama pelbagai alat audio yang meningkatkan sistem PS4 anda ke studio rakaman. Terdapat ketekunan untuk penciptaan Audio dalam Dreams yang membolehkan pemuzik dan artis audio menyelam terus kedunia ini dan mula bereksperimen. Pengawal wayarles ditukar kepada instrumen yang mencipta, mengarang dan menjalankan segala-galanya dari kesan, soundscapes ke seluruh album. Digunakan bersamaan dengan enjin grafik kemungkinan untuk prestasi visual audio yang tidak berkesudahan.
Dibawah ini pula adalah permainan pertama Media Molecule iaitu LittleBigPlanet yang dihasilkan semula di Dreams;
Ternanti-nanti Cyberpunk 2077 hadir lambat lagi kan? Apa kata anda singgah ke laman Bearly Regal nanti di Dreams! Kerana dia bakal menghabiskan projek Cyberpunk 1997 yang nampak macam pixel ala-ala PS1 kedalam Dreams nya! Jom usha videonya dibawah;
Nak mencipta permainan FPS? Siapa kata tak boleh! Jom usha hasil dari EpicLBPTime! Kot nanti anda boleh menginspirasikan dia!
Dah buntu sangat, buat je benda pelik macam ni dari Bevis2 ;
Macam mana? Dah dapat inspirasi anda tu? Lebih seronok, Dreams juga akan mempunyai kempen! Dreams telah mendedahkan “Art’s Dream”, yang beroperasi sebagai sejenis kempen untuk permainan dan cara menunjukkan betapa kuatnya alat dalam permainan ini. Ia adalah satu siri pengalaman yang berbeza dan jenis permainan yang berbeza diikat bersama dengan naratif yang menyeluruh, ditambah beberapa vignettes muzik. Ia bukan perkara yang paling lama, tetapi ia menunjukkan apa yang mungkin terjadi. Media Molecule telah membuat pengalaman lain yang hebat.
Seronok kan Dreams ni! Memang memberi peluang untuk anda mencipta dan menjadi kreatif dalam imaginasi anda! Jadi pada sesiapa yang berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Dreams, anda boleh terus kelaman web rasminya. Jangan lupa dapat kan Dreams yang berada di pasaran bermula hari ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post